Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kaedah efektif penyusuan ibu

Selepas bersalin, jururawat akan membantu ibu cara yang betul 2
Selepas bersalin, jururawat akan membantu ibu cara yang betul menyusukan anak.- Gambar hiasan

Saya ialah seorang bakal ibu. Saya amat berharap akan berjaya menyusukan bayi selepas bersalin nanti. Mohon doktor perjelaskan, apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan impian ini? - Urina, Selangor

Jawapan

Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara paling biasa dan efektif ialah berbincang dengan ibu menyusu yang lain, baca buku untuk biasakan diri, hubungi organisasi sokongan penyusuan badan di tempat anda dan cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan menjelang penghujung kehamilan anda.

Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya. Sama ada memikirkannya atau tidak, badan anda ketika ini sedang bersiap sedia untuk penyusuan badan. Ini adalah salah satu sebab mengapa payudara anda menjadi begitu besar semasa hamil.

Ketika ini, duktus susu dan sel penghasilan susu anda sedang berkembang, dan lebih banyak darah mengalir ke payu dara berbanding sebelumnya. Tetapi saiz payu dara tidak ada kaitan dengan keupayaan menyusukan dengan berjaya. Walaupun payu dara anda kekal kecil, ia tidak akan mengurangkan peluang anda untuk menyusukan anak anda sendiri.

Perubahan hormon kepada payudara akibat kehamilan adalah persediaan yang cukup untuk kebanyakan wanita.

Anda tidak memerlukan krim untuk melembutkan kulit terlebih dahulu ataupun memerah kolostrum. Khususnya, jangan gosok atau sental puting anda kerana ini hanya akan mencederakan dan menyukarkan penyusuan badan.

Persediaan yang terbaik adalah mendapat sokongan suami serta keluarga dalam keputusan anda untuk menyusukan, supaya anda dan bayi mendapat permulaan yang baik. Kajian menunjukkan bahawa anda akan menyusu lebih lama jika suami anda juga berpengetahuan tentang penyusuan badan.

Sentuhan kulit dengan kulit terbukti dapat memanjangkan masa penyusuan. Walaupun anda terpaksa menjalani pembedahan caesarean, dengan sedikit bantuan daripada jururawat, anda masih boleh memegang bayi dan merapatkannya pada kulit anda sejurus selepas dia dilahirkan.

Bayi mungkin akan mendekatkan diri ke payudara anda dan cuba menyusu, atau dia hanya akan menghidu, menjilat atau menggesel-gesel mukanya pada payu dara anda. Semua ini akan membantu.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan