Sama ada berselera atau tidak, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Ibarat kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’. Sesuatu perkara yang dipraktikkan setiap hari akan menjadi rutin harian.

Jadi, kita boleh mulakan sarapan mulai sekarang. Ini kerana ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian.

Segelintir orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.

Ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan.

Mereka yang bersarapan secara tetap dikatakan menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing serta memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan terutama yang berkarbohidrat dapat membekalkan tenaga, mampu menahan lapar dan mengawal keinginan untuk makan antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Ada saintis yang menggelarkan sarapan sebagai makanan untuk otak.

Kajian menunjukkan sarapan berhubung kait dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberi isyarat positif terhadap aktiviti otak agar lebih peka.

Lantaran itu, konsep usahawan dipelopori oleh golongan muda yang menjual sarapan pada waktu awal pagi seperti #BUDAKKOPI di Taman Greenwood, Gombak dan Nasi Lemak Subuh di Bintulu, Sarawak dengan kelainan perniagaan mereka iaitu tidak mempunyai gerai namun, hanya menjual di bahu jalan atau ketika lampu isyarat merah tanda berhenti menarik perhatian masyarakat. – ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/ROY AZIS

Bagi pengasas #BUDAKKOPI, Abdul Muiz Mat Jais,21, dia mula berniaga menjual makanan dan minuman untuk sarapan di persimpangan lampu isyarat di Taman Greenwood, Gombak, Batu Caves sejak tahun lalu.

Menurutnya, idea yang diilhamkan oleh abang iparnya yang kebetulan mengambil cuti untuk beberapa bulan membuahkan hasil kerana sarapan dijual mendapat maklum balas positif melalui kaedah itu.

Abdul Muiz yang mempunyai pekerjaaan tetap sebagai penjaga stor di sebuah syarikat swasta mengambil inisiatif melakukan kerja sampingan kerana tidak mahu mensia-siakan usia muda dengan melakukan perkara tidak berfaedah.

“Menjual sarapan sebagai satu pendapatan sampingan menganggap rezeki di waktu subuh ini adalah lumayan kerana tanpa mengeluarkan kos yang banyak dan boleh membantu orang membeli sarapan dengan mudah dan cepat.

“Konsepnya mudah kerana pelanggan tidak perlu mengambil masa untuk membeli, apabila lampu isyarat menunjukkan tanda berhenti selama tiga minit, kami mula mencari pelanggan untuk menjual sarapan,” katanya.

Pada waktu awal perniagaannya, orang ramai yang melalui jalan tersebut agak pelik melihat rakan-rakannya semasa menjual sarapan tersebut.

“Mereka agak pelik tengok kami menjual sarapan di tengah-tengah jalan kerana ada yang menganggap tidak masuk akal, namun, setelah beberapa bulan kami mula mempunyai pelanggan sendiri.

“Kami hanya menjual ketika hari bekerja sahaja kerana golongan sasaran adalah golongan pekerja yang menuju ke pejabat dan kolej,” katanya.

Abdul Muiz berkata, dia menggunakan waktu awal pagi untuk berniaga, sebelum memulakan kerja hakikinya pada pukul 2 petang hingga 10 malam setiap hari.

“Walaupun saya bekerja, saya manfaatkan waktu pagi menjual sarapan kepada mereka tidak sempat membeli terutama di kawasan Taman Greenwood, Gombak.

“Tidak dinafikan, saya menjual dengan harga jauh lebih murah seperti sandwich sardin atau telur berharga RM2, Kopi ‘o’ RM1, sosej RM2 serta nugget RM1,” katanya keapda .com.

#BUDAKKOPI
(Facebook)

Waktu
jualan

6.45 pagi
hingga
9 pagi

Lokasi

Persimpangan Lampu isyarat, Taman Greenwood, Gombak

Harga makanan

Sandwich Telur: RM2

Sandwich Sardin: RM2

Nugget: RM1

Roti Sosej: RM2

minuman

Kopi ‘o’: RM1

NASI LEMAK SUBUH

(Facebook)

Waktu Jualan

6.30 pagi
hingga
8 pagi

Lokasi

Persimpangan lampu isyarat Jalan Nyabau (laluan dari Hospital) menuju ke RPR kidurong, Bintulu.

Harga makanan

Nasi Lemak: RM3

Sandwich: RM2

Tidak malu berniaga