Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jia ‘berguru’ di laman sosial

SEGALANYA bermula sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menjadi jurusolek pada majlis perkahwinannya, namun akhirnya menyebabkan dia menceburi bidang itu secara serius.

 

Graduan bidang reka bentuk di sebuah pusat pengajian swasta di Seremban, Fitri Najiha Mohd. Radzuan, 22, sedikit pun tidak merancang untuk bergiat aktif dalam bidang solekan, apatah lagi menyedari persaingan sengit yang perlu ditempuhnya.

Bagaimanapun, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Itulah yang menjadi pegangan gadis ini untuk meneruskan minatnya dalam bidang itu sejak lebih setahun lalu.

“Saya memberanikan diri untuk menjadi jurusolek walaupun tidak pernah mengambil kursus bidang ini.

“Sebaliknya, saya banyak belajar teknik solekan menerusi laman sosial Facebook dan YouTube,” katanya yang lebih mesra dipanggil Jia.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, sehingga kini dia sudah mahir dan semakin berminat untuk memperluaskan pengetahuan dan teknik 
solekan.

“Bidang ini sentiasa berubah mengikut masa dan trend terkini. Sebab itu, saya sentiasa meningkatkan ilmu dan pengetahuan supaya tidak ketinggalan zaman,” katanya yang juga minat membuat kek.

Ujarnya, dia juga tidak mengutamakan hasil pendapatan, sebaliknya kepuasan pelanggan menjadi perkara paling penting buatnya.

Menurutnya, pada masa ini, dia memberi perkhidmatan solekan untuk majlis perkahwinan, keraian dan majlis-majlis lain.

“Bidang solekan ini luas dan semua wanita suka bersolek dan kelihatan cantik. Kalau dibuat secara serius, ia boleh menjadi kerjaya tetap dan berterusan,” katanya.

 

Fitri Najiha Mohd. Radzuan
Nama panggilan: Jia
Adik-beradik : Anak sulung daripada tiga beradik
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
Instagram : @itsfi3najiha

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan