Mereka akan memastikan semuanya nampak sempurna dari hujung rambut hingga ke kaki.

Justeru bakal pengantin akan mencari jurusolek atau mak andam profesional untuk menyolek agar wajah kelihatan cantik. Tidak kurang pula mereka yang berkunjung ke pusat kecantikan spa untuk menambah seri pada wajah supaya mereka kelihatan sihat dan berseri.

Menurut Jurusolek Kebangsaan Lancome Paris, Zamri Zainol, mereka percaya kecantikan pengantin terserlah melalui solekan yang sempurna.

Solekan boleh menyembunyikan cela tetapi terlalu banyak produk kosmetik pada pengantin akan menjadikan kecantikannya nampak palsu.

“Sejak kebelakangan ini ramai yang memilih solekan semula jadi. Tidak seperti dahulu, ramai pengantin mahukan pipi kelihatan merah, hidung mancung dan bedak tebal. Kini pengan­tin lebih bijak dan mahu­kan kecantikan wajah sendiri terserlah,” ujarnya.

Tambahnya, tahun ini warna-warna lembut atau semula jadi akan menjadi tema utama solekan pengantin.