Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dina perlu dana segera untuk pemindahan hati

Keadaan kesihatan Nur Medina sentiasa tidak menentu berikutan 3
Keadaan kesihatan Nur Medina sentiasa tidak menentu berikutan penyakit Biliary Artesia yang dihidapinya.

Tatkala kanak-kanak lain sebayanya riang bermain, Nur Medina Normazhardi hanya mampu menghabiskan masa di rumah ditemani ibu serta ayah yang menjaganya bagi memastikan kesihatannya sentiasa stabil tanpa sebarang komplikasi serius.

Baru berusia 1 tahun 5 bulan, penderitaannya seperti tidak berkesudahan kerana perlu berulang-alik ke hospital mendapatkan rawatan susulan berikutan keadaan kesihatannya tidak menentu akibat penyakit Biliary Artesia (BA) atau kegagalan fungsi hati.

Riak sedih jelas terpancar pada wajah anak kecil itu seakan memahami kesedihan yang bersarang di lubuk hati kedua orang tuanya yang terpaksa berkorban masa dan wang ringgit untuk memastikan dia pulih dan membesar sebagai anak yang normal.

Ibunya, Wan Norizah Wan Seman, 31, berkata, dia dan suaminya akan melakukan apa sahaja cara kerana tidak sanggup lagi melihat penderitaan anak bongsu daripada dua beradik itu.

“Dina (panggilan untuk Nur Medina) disahkan menghidap BA sejak usianya dua bulan lagi. Pada awalnya, Dina dikatakan menghadapi masalah di bahagian salur pemakanan dan telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur bagi berjumpa dengan pakar bedah.

“Setelah beberapa pemeriksaan dijalankan, pakar bedah melakukan pembedahan Kasai, iaitu prosedur untuk membuang saluran hempedu luar dan menyambung usus ke hati bagi dijadikan saluran.

“Namun, keadaannya semakin teruk dan perut mula membuncit selepas tiga bulan menjalani pembedahan. Ketika itu barulah doktor mengesahkan hati anak saya tidak berfungsi dan meminta pembedahan pemindahan hati dilakukan secepat mungkin.

“Sementara menunggu pembedahan dijalankan, Dina hanya bergantung hidup dengan ubat-ubatan yang dibekalkan pihak hospital. Keadaan dia semakin kritikal, dia sering kali demam dan dua atau tiga kali dalam sebulan terpaksa dimasukkan ke wad,” katanya ketika ditemui di Kampung Rasal, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini.

Menurut Wan Norizah, pada awalnya dia dan suami buntu memikirkan prosedur pemindahan hati anaknya kerana perlu menunggu giliran agak lama jika dilakukan di hospital tempatan, manakala kos yang agak tinggi pula jika dilakukan di luar negara.

Namun, penderitaan Dina mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (Kelss) yang melancarkan rayuan sumbangan secara online untuk menghantar Dina ke Hospital Renji di Shanghai, China bagi menjalani pembedahan di sana.

Ujarnya, kos keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM160,000 dan sehingga kini jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM13,000.

“Saya menaruh harapan yang tinggi untuk melihat anak saya dapat menjalani pembedahan pemindahan hati secepat mungkin kerana jika ditangguhkan dengan lebih lama lagi, kerosakan hati akan menjadi lebih teruk.

“Saya amat mengharapkan bantuan daripada orang ramai kerana pendapatan yang diperoleh suami yang bekerja sendiri tidak menentu. Saya pula tidak bekerja kerana perlu menjaga dan memberikan sepenuh perhatian kepada Dina.

“Wang yang kami ada hanya cukup untuk dibelanjakan makan minum kami anak beranak selain kos ulang-alik Dian ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

“Agak sukar untuk kami mengumpul wang yang banyak dalam masa yang singkat,” katanya yang baru sahaja mendapat kelulusan permohonan bantuan elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dia dan suami juga bersedia untuk mendermakan hati jika ia sesuai untuk Dina.

Walaupun terpaksa menjalani hidup yang sukar bersama anak kesayangan itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi melihatnya membesar dengan sihat.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan