Ramai yang tidak tahu kebolehannya dalam penghasilan lukisan tangan, sehinggalah dia memuat naik karyanya ke Instagram dan mendapat perhatian para pengikutnya.

Apabila ramai yang memuji lukisan tangannya, Aliff Syukri mengabadikan lukisan tersebut pada helaian tudung dan menghadiahkan kepada isterinya, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

“Isteri saya sangat suka rekaan tersebut dan ketika itu saya mula terfikir kenapa tidak mencuba pasaran baharu iaitu tudung yang bertepatan dengan kehendak wanita masa kini yang mahu sesuatu yang terkini dan cantik untuk digayakan.

“Pada awalnya saya hanya mengeluarkan 300 helai tudung namun terpaksa ditambah menjadi 10,000 helai. Amat mengejutkan, dalam tempoh dua bulan sahaja kesemua tudung telah habis dijual,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Aliff By Sha di Kota Damansara baru-baru ini.

Menurut Aliff Syukri, apa yang menjadikan rekaan tudungnya unik adalah terletak pada rekaan eksklusif bermotifkan floral dan abstrak. Hasil bantuan daripada pereka, Ezly Marzuki, dia berjaya menghasilkan rekaan mewah dengan harga mampu milik.

Ujarnya, setiap tudung yang dihasilkan bersaiz bidang 45 yang mana tidak banyak jenama di pasaran mengetengahkan tudung empat segi bersaiz besar. Apa yang lebih menarik, setiap helaian mempunyai dua corak, yang mana bahagian dalam dan luar tudung boleh digayakan dengan dua corak berbeza.

Untuk 10 rekaan pertama, Aliff By Sha mengeluarkan koleksi Premium berharga RM99 yang didatangkan bersama kotak.

Katanya, koleksi tersebut dihasilkan dengan fabrik yang sangat berkualiti iaitu sutera satin yang sangat selesa dipakai. Tidak terlalu nipis dan tebal, Aliff Syukri memberi jaminan kepada pemakai bahawa mereka tidak akan merasa panas dan telinga tidak akan berdengung ketika menggayakan tudung rekaannya itu.

“Walaupun berkonsepkan mampu milik, saya sama sekali tidak akan berkompromi faktor kualiti untuk jenama ini dan penghasilan corak tudung juga dibuat secara eksklusif, iaitu hanya 1,000 helai sahaja dihasilkan untuk satu rekaan.

“Jadi, pada setiap bulan kami akan cuba mengeluarkan 10 rekaan tudung dan akan dijual di pasaran pada setiap akhir bulan,” katanya.

Jelasnya, pihaknya juga akan mengeluarkan koleksi Premium Limited Edition, koleksi Bawal, khimar, dan telekung tidak lama lagi bagi menambahkan variasi jenama ini kepada para wanita di Malaysia.

Koleksi tudung Aliff By Sha ini boleh dibeli secara online melalui laman web, www.aliff-syukri.com dan stokis yang dilantik di seluruh Malaysia.