Sebelum ini, kapal perang milik AS, USS Fitzgerald juga dilaporkan berlanggar dengan kapal kargo dari Filipina di Terusan Yokosuka, Jepun. Tragedi yang berlaku pada 17 Jun lalu menyebabkan tujuh anak kapal maut.

Namun tragedi sedemikian tidaklah terburuk dalam kemalangan melibatkan kapal di seluruh dunia. Terdapat banyak tragedi melibatkan kapal kargo dan persiaran yang karam, sekali gus mengorbankan ribuan penumpang termasuk orang awam pernah berlaku. Berikut antara tragedi di samudera yang mengejutkan dunia.

1 - Kapal persiaran 
mewah Titanic

Nama Titanic tidak asing lagi bagi kita meskipun kapal itu tenggelam jauh dari negara kita iaitu di Lautan Atlantik pada 15 April 1912. Insiden samudera terburuk pada tahun tersebut menyebabkan kira-kira 1,514 penumpang terkorban.

Kapal mewah yang didakwa tidak boleh tenggelam itu bersemadi di dasar laut selepas terlanggar bongkah ais besar ketika dalam perjalanan 
dari Southamton, England 
ke New York, Amerika Syarikat.

2- Kapal penumpang MV Wilhelm Gustloff

Menerusi laman web, www.oddee.com, insiden tragis melibatkan kapal MV Wilhelm Gustloff berlaku pada Januari 1945. Kapal milik Jerman itu ditembak tiga peluru torpedo di Laut Baltik ketika memindahkan lebih 10,000 orang termasuk orang awam, anggota tentera, dan pegawai dari Gotenhafun, Poland ke Kiel, Jerman.

Kejadian tersebut mengorbankan 9,400 orang kapal tersebut tenggelam dalam tempoh kurang 45 minit.

3 - Feri MV Dona Paz

Pertembungan feri MV Dona Paz dengan kapal MT Vector yang membawa 8,800 tong gasolin dekat perairan Filipina menyebabkan satu kebakaran besar pada 20 Disember 1987.

Tragedi tersebut mengorbankan 4,375 penumpang yang sedang tidur ketika kemalangan berlaku. Lebih malang lagi, penumpang yang cuba menyelamatkan diri 
terjun ke laut yang dipenuhi jerung. Kapal tersebut dipercayai tidak menyediakan jaket keselamatan kepada penumpang.

4 - Kapal persiaran RMS Lusitania

Sebuah lagi kejadian terburuk selepas tragedi Titanic adalah insiden yang menimpa RMS Lusitania yang membawa 1,959 penumpang. Kapal yang dalam perjalanan dari Liverpool, England ke New York, Amerika Syarikat itu musnah dibom oleh Jerman pada 7 Mei 1915. Hanya 761 penumpang terselamat selepas kapal tersebut tenggelam dalam masa 18 minit di Lautan Atlantik.

5 - Kapal persiaran RMS Lancastria

Kapal persiaran Lancastria diberi penarafan ‘Royal Mail Ship’ (RMS), sama seperti Titanic dan Lusitania. Kapal malang itu tenggelam ketika berlayar ke Loire, Perancis dari Liverpool, England.

Kapal yang membawa anggota dan pegawai tentera British seramai 9,000 orang itu dipercayai melebihi muatan yang sepatutnya menampung hanya 2,000 penumpang.

Ia tenggelam selepas dibom oleh jet pejuang tentera Jerman ketika Perang Dunia Kedua pada 17 Jun 1940 semasa berlabuh di St. Nazire, Perancis dan menyebabkan lebih 4,000 tentera terkorban.

6 - Kapal RMS Empress 
of Ireland

Sebuah lagi kapal RMS iaitu Empress of Ireland milik syarikat Canadian Pacific Steamships tenggelam di Sungai St. Lawrence ketika dalam perjalanan dari bandar Quebec, Kanada ke Liverpool, England.

Sebanyak 1,012 terkorban selepas kapal tersebut dilanggar kapal Storstad dalam persekitaran berkabus tebal. Hanya 465 penumpang berjaya diselamatkan.

7 - Kapal pengangkut 
MV Goya

Sebuah kapal angkut milik Jerman musnah dibom oleh kapal selam Soviet selepas berhadapan dengan ribut di Laut Baltik ketika Perang Dunia Kedua.

Lebih 6,000 penumpang direkodkan telah menaiki kapal tersebut, tetapi hanya 183 penumpang terselamat selepas kapal itu karam di lautan yang sejuk pada 16 April 1945.

Bencana tersebut disifatkan kedua terburuk kerana tenggelam begitu cepat dan mengorbankan lebih 90 peratus penumpang dan anak kapal.

8 - Kapal perang USS Idaho BB-42 dan USS Indianapolis CA-35

Hanya 317 daripada 1,196 kru kapal USS Indianapolis CA-35 terselamat selepas kapal tersebut dibom oleh Imperial I-58 Tentera Laut Jepun.

Kapal tersebut berada di atas kapal USS Idaho BB-42 dan sedang berlayar dari Guam ke Teluk Leyte, Filipina sebelum dibedil tentera Jepun.

Mangsa yang terselamat hanya ditemui empat hari kemudian oleh tentera udara Amerika Syarikat yang melakukan rondaan di sana. Selebihnya mati akibat serangan, dehidrasi dan dimakan jerung.

9 - Feri penumpang 
MV Le Joola

Akibat mengambil penumpang terlalu ramai melebihi had maksimum 580 orang, sebuah feri milik kerajaan Senegal karam pada 26 September 2002 selepas terperangkap dalam ribut di luar pantai The Gambia.

Hanya 64 daripada 2,000 penumpang termasuk seorang wanita terselamat dalam tragedi tersebut. Sebahagian besar penumpang dipercayai menumpang secara haram tanpa tiket yang sah.

10 - Kapal pengangkut SS IMO dan SS Mont-Blanc

Sebuah kapal kargo milik Norway, SS IMO meletup ketika berlabuh di Halifax Harbour, Kanada pada 6 Disember 1917.

Letupan tersebut berlaku selepas terbakar akibat dilanggar oleh kapal SS Mont-Blanc mengakibatkan 2,000 orang termasuk kru kapal dan orang awam yang berada di sekitar pelabuhan di bandar Halifax, Nova Scotia, Kanada terkorban.