Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Berhenti kerja bantu isteri berniaga

SEMASA zaman kanak-kanaknya, Ariff Shah Ramlan, 30, sudah menetapkan di dalam hati bahawa apabila dewasa kelak dia akan menjadi seorang juruterbang. Minatnya terhadap kapal terbang begitu menebal dan apa sahaja yang berkaitan dengannya boleh membuatkan dia terleka.

ARIFF SHAH RAMLAN
ARIFF SHAH RAMLAN

Bagaimanapun, setelah tamat sekolah dan melanjutkan pengajian ke luar negara, hasratnya untuk menjadi juruterbang tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.

Sebaliknya, dia memilih kursus kejuruteraan kapal terbang di Moscow Aviation Institute, Rusia sehingga berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Penerbangan.

Tamat pengajian, anak sulung empat beradik ini mengumpul pengalaman dengan bekerja di beberapa syarikat penerbangan dalam negara. Banyak ilmu serta pengalaman diperoleh dan dimanfaatkan.

Bercerita mengenai kapal terbang dengan Ariff yang hadir ke Studio Utusan baru-baru ini, keghairahan terhadap kapal terbang masih dapat dirasakan daripada perbualan kami.

Menurutnya, sepanjang bekerja sebagai jurutera merupakan hari-hari yang menyeronokkan kerana sentiasa belajar mengenai perkara baharu.

Banyak aspek yang perlu dijaga supaya sesebuah kapal terbang itu dapat berlepas dan pulang dengan selamat tanpa menghadapi sebarang masalah.

Kata Ariff, kadang-kadang masalah kecil seperti tandas tersumbat boleh mengganggu jadual penerbangan dan membuatkan beratus-ratus orang akan terkandas.

Begitu juga jika mesin membancuh kopi rosak boleh menyebabkan penerbangan dilewatkan. Ini kerana terdapat syarikat penerbangan yang meraih keuntungan dengan menjual kopi kepada penumpang.

Bagi syarikat-syarikat penerbangan di Eropah, kopi merupakan jualan yang paling laris di dalam kapal terbang. Ketiadaan kopi boleh membuatkan penumpang tidak gembira dan mungkin tidak mahu menaiki penerbangan itu lagi.

Walau seronok dan begitu mendalam minatnya terhadap kerjaya yang diceburi, Ariff, akhirnya akur apabila berada di antara dua persimpangan.

Dia terpaksa membuat pilihan sama ada meneruskan kerjayanya atau membantu perniagaan isteri yang sedang berkembang.

“Syarikat isteri, TasBijoux sekarang sedang meningkat. Dia tidak boleh menguruskan seorang diri. Dia memerlukan seseorang bagi membantunya. Setelah berbincang, saya sedia berkorban berhenti kerja dan membantu dalam soal-soal kewangan,” katanya,” katanya yang telah mendirikan rumah tangga dengan pemilik dan pengasas TasBijoux, Nur Zalikha Mohd Sabri, 28.

Walaupun tidak pandai dalam rekaan tas tangan, Ariff gembira kerana dapat membantu isteri dalam perniagaan itu.

Dia berbangga kerana walaupun syarikat isterinya baharu setahun jagung, kini sudah meluaskan pasaran bukan sahaja di Malaysia tetapi Singapura, Brunei dan Hong Kong - Gambar ZAKARIA IDRIS

Lebih suka menjaga sendiri anak

Menjaga sendiri anak sulungnya, Naurah Imaan, 2, bukan menjadi satu masalah besar bagi Ariff. Bukan kerana tidak mampu mengambil pembantu rumah, tetapi dia lebih berpuas hati dan berasa selamat melihat anak membesar di depan mata.

Kata Ariff, setiap hari dia akan menghantar Naurah ke pusat asuhan untuk separuh hari sementara dia ke pejabat.

Selesai tugas, dia akan mengambil anaknya dan pulang ke rumah. Dialah yang akan melayan kerenah anak walaupun kadang-kadang terasa penat. Pun demikian, dia berasa sangat puas kerana mampu menjaga anaknya dan itu bukan menjadi satu isu besar.

“Sejak Naurah lahir, saya telah biasa menjaga, memandikan, membuat susu dan menukar lampin. Saya puas hati melihat dia membesar hari demi hari. Saya berasa lebih tenang menjaga sendiri anak daripada menyerahkannya kepada pembantu rumah untuk menjaga.

“Pusat asuhan kanak-kanak di mana saya menghantar Naurah pun hanya di tingkat bawah pejabat. Mudah bagi saya mengintai dan melihat cara mereka menjaga kanak-kanak,” katanya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan