Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Arnab jadi sahabat karib

Haiwan yang manja serta mudah diasuh

Keperluan dan kebersihan sangkar arnab perlu dititikberatkan. 4
Keperluan dan kebersihan sangkar arnab perlu dititikberatkan.

TREND memiliki haiwan peliharaan telah lama menjadi ikutan dalam masyarakat sama ada di Malaysia mahu pun di seluruh dunia.

Dianggap sebagai salah satu gaya hidup terkini dalam sesebuah keluarga, haiwan-haiwan seperti kucing, arnab, ikan, hamster, dan anjing menjadi pilihan ramai.

Kesemua haiwan ini menjadi pilihan kerana bukan sahaja manja dan jinak tetapi ada sesetengahnya memiliki wajah yang comel.

Bagi Nur Azura Mat Sidik, 34, memelihara arnab sebagai haiwan peliharaan merupakan perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini.

Bukan sahaja geli dengan haiwan yang berbulu, malah dia juga tidak menggemari apa jua jenis haiwan.

Namun, segala-galanya adalah ketentuan tuhan.

Ini kerana daripada seorang yang penggeli, wanita yang lebih mesra disapa Azura itu telah menjadikan arnab sebagai haiwan peliharaannya sejak lima tahun yang lalu.

Bercerita akan hal tersebut, ujar ibu kepada dua orang cahaya mata ini, segala-galanya berubah apabila dia ‘terpaksa’ menjaga sepasang arnab kawan baiknya yang hendak melancong ke luar negara.

Ditugaskan untuk menjaga arnab-arnab tersebut selama dua minggu, tanpa diduga arnab betina yang dijaga telah melahirkan empat ekor anak.

Disifatkan sebagai ‘tuah’ oleh pemilik arnab-arnab tersebut, jelas Azura, kawannya telah meninggalkan pasangan arnab tersebut dan hanya mengambil anak-anak arnab sahaja.

Bermula dari detik itu, Azura menjadi pemilik baharu kepada pasangan arnab tersebut.

“Jujur diberitahu, saya memang seorang yang penggeli dengan haiwan yang berbulu ini, malah saya juga tidak suka dengan apa juga jenis haiwan.

“Tetapi itulah, hendak dijadikan cerita saya diminta untuk menjaga haiwan peliharaan seorang kawan kerana mereka hendak bercuti.

“Dari situlah segala-galanya bermula dan hari ini saya mempunyai lebih daripada 20 ekor arnab pelbagai spesies,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Kampung Rantau Penjang, Klang, Selangor, baru-baru ini.

Jika melayari blog Azura, azurarabbits.blogspot.com dia sebenarnya bukan sahaja membela arnab sebagai hobi tetapi turut menjual haiwan tersebut termasuklah makanan dan sangkarnya.

Mengulas mengenai hal tersebut, Azura menjelaskan dia kini tidak lagi menjual arnab kerana kekangan masa tetapi masih menjual makanan serta sangkar arnab.

“Pasangan arnab yang diberi kawan untuk dibela telah membiak sehingga pernah mencecah 300 ekor dan rentetan daripada situ saya dan suami membuat keputusan untuk menjual arnab-arnab tersebut.

“Tanpa disedari akhirnya aktiviti itu menjadi sumber pendapatan sampingan saya sekeluarga. Saya pelbagaikan dengan menjual makanan dan sangkar arnab.

“Namun, disebabkan kekangan masa akhirnya sejak September tahun lalu saya tidak lagi menjual arnab, sekadar menjadikan yang sedia ada sebagai haiwan peliharaan,” katanya sambil mengakui perniagaan makanan dan sangkar arnab masih dikekalkan.

Berbicara pula mengenai sifat-sifat arnab, Azura memberitahu haiwan ini hanya diberi makan sekali sehari dan makanan yang sering diberi sama ada palet atau rumput alfalfa atau timothy.

Sambungnya lagi, arnab juga tidak digalakkan mandi memadai hanya dengan menyembur syampu kering untuk membersihkannya.

Ini kerana, arnab sejenis haiwan yang tidak mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dan tidak sukakan air.

Lagipun, sekiranya badan arnab tidak dikeringkan dengan betul, haiwan tersebut mudah dijangkiti hama dan kulit mudah berkurap.

Apa yang lebih menarik mengenai haiwan ini, menurut Azura, arnab boleh dilatih seperti kucing menggunakan bilik air untuk membuang air.

Yang pasti, arnab sememangnya haiwan peliharaan yang cukup popular untuk dibela malah mereka juga mampu menjadi ‘sahabat’ yang baik di kala kesunyian.

Malah, industri jualan haiwan peliharaan di Malaysia juga sebenarnya masih kukuh walaupun dihimpit kelembapan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan