Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anak cerewet makan

Copy of picky_eating_mental_disorde.jpg
Anak yang cerewet makan dan memilih makanan terdedah kepada masalah kurang nutrisi. Gambar hiasan

Ibu bapa Zara bimbang dengan anak mereka yang sangat cerewet dan hanya inginkan makanan yang sama setiap hari.

Zara kerap jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah. Gurunya mengadu, Zara kelihatan tidak berminat untuk belajar dan kurang peka di dalam kelas dan kelihatan letih.

Ibu bapanya membuat keputusan untuk membawa Zara berjumpa doktor. Selepas diperiksa, doktor mendapati berat dan ketinggian Zara adalah di bawah paras optimum untuk kanak-kanak seusianya.

Sementara itu, Amir yang berusia lima tahun pula adalah murid yang paling rendah di dalam kelasnya. Namun, ini tidak membimbangkan ibu bapanya kerana dahulu ketika zaman kanak-kanak, mereka juga agak rendah berbanding rakan-rakan lain.

Mereka percaya Amir mempunyai masa untuk tingkatkan tumbesaran dan akan menjadi lebih tinggi ketika mencapai usia remaja.

Namun, mereka risau akan perkembangan akademik Amir. Gurunya memberitahu bahawa Amir tidak menunjukkan peningkatan dalam kerja sekolah, sedangkan dia boleh melakukan dengan lebih baik.

Mereka membuat keputusan untuk membawa Amir berjumpa doktor. Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, doktor memutuskan Amir tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran yang optimum.

Adakah Anak Membesar Dengan Baik?

Dua senario di atas adalah yang lazim berlaku di prasekolah dan tadika di seluruh negara, yang diakui sendiri oleh pakar pediatrik, Dr. Tan Gek Leng.

Pada pendapat beliau, ibu bapa sering menganggap cerewet makan adalah perkara yang normal.

Mereka juga percaya bahawa anak-anak mereka akan menjadi lebih tinggi ketika remaja dan kekerapan jatuh sakit adalah perkara biasa di zaman kanak-kanak.

Katanya, walaupun kedua-dua senario ini lazim berlaku, tidak sepatutnya dianggap normal.

“Amir dan Zara tidak mendapat pemakanan yang secukupnya kerana mereka cerewet makan. Ramai ibu bapa mengalami masalah ini, sama ada anak-anak mereka tidak mahu makan atau hanya mahu makan makanan ringan.

“Ibu bapa biasanya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan akan mengikut sahaja kehendak anak-anak.

“Selalunya, kanak-kanak ini akan makan makanan yang kurang berkhasiat seperti mi segera atau makanan segera. Ibu bapa mereka akan berkata, ‘sekurang-kurangnya mereka makan’. Ini bukan penyelesaiannya.

“Disebabkan kanak-kanak ini tidak mendapat kesemua vitamin, mineral, protein dan karbohidrat yang diperlukan untuk tumbesaran, mereka tidak akan membesar dengan baik.

“Apabila sering kurang nutrisi yang penting, mereka akan mengalami keletihan dan tidak dapat fokus di sekolah atau kekal peka untuk memahami apa yang diajar di sekolah.

“Satu lagi tanggapan salah dalam kalangan ibu bapa adalah anak-anak mereka rendah kerana mereka juga rendah. Walaupun genetik adalah salah satu faktor pembantutan, pemakanan juga memainkan peranan,” katanya.

 

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan