Program Berkhatan Perdana secara percuma ini dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM70,000 bagi melaksanakan program tahunan ini.

Beliau berkata, ini merupakan program berbentuk kebajikan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Sebelum itu dalam upacara perasmian program berkenaan, Azlan melakukan semburan ke atas kanak-kanak berkenaan dengan menggunakan hos dari atas kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat MALAYSIA (JBPM) Perlis.

Beliau juga melawat kanak-kanak berkenaan untuk menyampaikan sumbangan. - UTUSAN ONLINE