Tempat-tempat ini dipanggil longevity hotspots atau tempat-tempat di mana kehidupan adalah lebih mudah, bahagia, penduduknya panjang umur dan aspek yang paling penting ialah, tahap kesihatan mereka adalah pada kadar yang terbaik. Perkampungan di mana penduduknya “berusia panjang” mempunyai satu persamaan atas satu kategori, penduduk di sesebuah daerah tersebut adalah lebih sihat dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding orang lain di dunia.

Populasi mereka bebas daripada tercatatnya kes-kes berpenyakit seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan obesiti. Kesemua penyakit yang telah disenaraikan boleh dikategorikan sebagai penyakit yang tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Dan secara purata, mereka mempunyai peratusan centenarians dan super sennarian yang lebih tinggi, di mana mereka yang berusia 100 tahun (centenarians) dan melangkau hingga 110 tahun (super centenarian). Saya mahu membawa pembaca bersama-mana menerokai lokasi-lokasi yang indah, serta mengenali insan-insan luar biasa yang mendiaminya.

Tidak lupa akan gaya hidup yang mengekalkan tahap kesihatan, kebahagian yang berterusan dan usia yang panjang. Perjalanan anda ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berumur panjang bermula sekarang! Tempat-tempat terkenal bagi kelanjutan usia yang panjang para penduduknya:

Perkampungan penduduk “berusia panjang” di serata dunia:

  •  Bama, China
  •  Montacute, England
  •  Campodimele, Italy
  •  Hunza, Pakistan
  •  Loma Linda, Amerika Syarikat
  •  Nicoya, Costa Rica
  •  Okinawa, Jepun
  •  Sardinia, Italy
  •  Symi, Greece

Masalah mula timbul apabila kebanyakan orang ramai tidak sedar terdapatnya pelbagai jenis perkara yang perlu diberi perhatian, kerana ia amat sukar bagi mereka untuk membuat keputusan. Mengubah cara hidup bukanlah satu proses yang mudah. Jadi, teruskan membaca kerana kami akan cuba untuk meningkatkan jangka hayat anda dengan menyediakan senarai yang mengandungi 20 vitamin yang terbaik, serta makanan tambahan yang perlu anda ambil.

1Asid Alfa Lipoik

Satu penambahan baru yang kian meningkat dalam jumlah penghasilannya adalah Alpa Lipoic Acid. Pengeluarannya mendakwa bahawa ia boleh menyebuhkan dan membaiki setiap penyimpanan sel-sel kolagen dalam kulit individu tersebut daripada terjejas daripada kerosakan kulit yang sederhana. Tambahan pula, Asid Alfa Lipoik juga mampu memulihkan mitokondria dan menghasilkan asas yang sihat buat kulit. Mitokondria adalah janakuasa mini dalam tubuh badan manusia, supaya anda akan kekal kelihatan baik dan terus berasa sihat dan muda.

2 Vitamin A

Vitamin A memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kesihatan penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan sel, kekuatan sel dan pembezaan sel. Vitamin A juga bertanggungjawab ke atas pengawalan sistem imun, yang secara langsung memberikan kesan positif kepada jangka hayat seseorang. Limfosit (sejenis sel darah putih) memerlukan kandungan vitamin A untuk bekerja dengan lebih berkesan dalam isu melawan pembiakan penyakit.

3Vitamin B6

Ia akan membantu menghasilkan metabolisme sel-sel darah merah, menjadikan sistem imun dan sistem saraf pusat berjalan dengan lebih cekap. Kekurangan peratusan Vitamin B6 akan dikaitkan secara langsung dengan penyakit anemia, kerana B6 diperlukan dalam pengeluaran hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Pendek kata, Vitamin B6 akan membuatkan perjalanan darah anda menjadi lebih baik dan secara dak langsung akan meningkatkan jangka hayat anda.

4 Vitamin B12

Ia juga dikenali sebagai Kobalamin, Vitamin B12 adalah diperlukam dalam blok binaan sel darah merah dan berfungsi dalam pengawalan sistem saraf serta sintesis DNA. Vitamin B12 terdapat dalam pelbagai bentuk dan mengandungi kobalt mineral, oleh itu sebaan dengan kesemua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Vitamin B12 adalah dipanggil “kobalamin”. B12 adalah bahagian penting dalam kesemua aspek pemakanan kita kerana ia merupakan satu komponen paling asas dan serba boleh dari segi biologinya. DNA, RNA, hormon, protein dan lemak semua adalah dapat dihasilkan dan diselenggarakan dengan adanya Niacin.

5Kalsium

Mineral yang paling banyak terkandung dalam badan manusia adalah kalsium. Ia merupakan sesuatu perkara umum bahawa, kebanyakan makanan harian kita atau tablet anti-asid adalah diperkaya dengan unsur kalsium. Kita amat memerlukannya bagi kontraksi otot-otot, mengembang dan menguncup saluran darah kita. Kalsium juga digunakan untuk menghantar impuls dalam sistem saraf kita dan membantu bagi merembeskan hormon. Namun, kesemua fungsi ini hanyalah menggunakan kurang daripada satu peratus daripada jumlah keseluruhan kalsium badan. Kalsium juga digunakan untuk menghantar impuls sistem saraf dan membantu kita untuk membebaskan hormon kedalam saluran darah.

6Kromium

Kromium adalah sejenis mineral yang manusia perlu dalam jumlah linear, walaupun pada dasarnya, bagaimana ia benar-benar berfungsi dengan dalam badan masih tidak dapat difahami dengan sepenuhnya. Terdapat dua jenis kromium, satu merupakan jenis yang baik dalam makanan tambahan dan satu lagi pula merupakan jenis beracun yang berasal dari pencemaran hasil industri. Dalam badan, ia dikenali sebagai komponen penting dalam pengeluaran insulin, hormon yang diperlukan untuk mengawal metabolisme dan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein dalam badan. Ia adalah penting bagi mengekalkan tahap kromiun yang baik bagi mengelakkan berlakunya obesi dan mampu untuk mencegah kesemua masalah kesihatan yang tidak diingini.

7 COQ10

Koenzim Q10 (atau singkatan bagi CoQ10) adalah sejenis enzim yang tercipta secara semula jadi dalam tubuh badan manusia yang membentuk beberapa blok binaan asas bagi fungsi keberkesanan sel-sel manusia. Kajian telah menunjukkan bahawa tahap CoQ10 menurun apabila usia seseorang itu meningkat, atau jika mereka di mpa dengan beberapa penyakit kronik seperti dystrophies otot, kanser, penyakit parkinson, penyakit jantung dan HIV/AIDS. Sesetengah jenis ubat-ubatan preskripsi juga boleh menurunkan paras CoQ10.

8 Vitamin C

Ia juga dikenali sebagai asid L-askorbik. Vitamin C adalah vitamin larut air yang datang secara semula jadi dalam sesetengah kandungan makanan. Ia diperkaya dan boleh didapati dalam kebanyakan makanan tambahan. Vitamin C juga merupakan komponen keperluan makanan kerana berbeza dengan Vitamin D, iaitu berdasarkan sumber dalaman, manakala vitamin C pula perlu didapatkan daripada sumber luar seperti yang terkandung dalam buah oren.

9 DHA

DHA menggalakkan fungsi otak yang cerdas dan pembentukan sinaptik baru. Pendek kata, ia membuatkan kerja-kerja otak anda berjalan dengan lebih baik. Ia membantu anda supaya dapat ingat, penyimpanan memori dan ketangkasan mental. Kebanyakan produk untuk kedua-dua aspek iaitu bagi yang muda dan berusia adalah diperkayakan dengan DHA, oleh itu mengambil makanan tambahan yang baik adalah satu keputusan yang wajar diambil.

10Vitamin D

Seseorang itu boleh memperimbangkan untuk menjadikan Vitamin D menjadi “rakan kongsi” buat kalsium dalam fungsi biologinya. Vitamin D membantu membina tulang dan gigi yang kuat serta meningkatkan kekuatan dan ketahan kedua-dua sel-sel darah merah dan putih. Terdapat banyak jenis makanan, terutamanya susu yang diperkaya dengan kandungan vitamin D. Biasanya tahap penerimaan vitamin D boleh dikekalkan secara semula jadi dalam badan. Ini kerana badan kita boleh menghasilkan banyak vitamin D dengan beberapa pendedahan kepada cahaya matahari. Walaupun masyarakat moden kita telah menganggap pendedahan kepada

matahari itu sesuatu yang sukar dan mustahil (terutama bagi yang ingin menjaga tona kulit), jadi anda perlu mengambil vitamin D tambahan.