Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kelainan untuk rumah terbuka

Menu-menu dihidangkan kemas dan bersih. 11
Menu-menu dihidangkan kemas dan bersih.

KEHANGATAN Aidilfitri masih terasa. Biar sudah memasuki minggu kedua, budaya kunjung mengunjungi masih diteruskan. Ketika inilah jemputan rumah terbuka mula membanjiri. Tentu tidak menang tangan dibuatnya. Bagi yang ingin menjadi hos rumah terbuka, adakalanya pening juga memikirkan apa menunya.

Bagi tuan rumah, menu rumah terbuka menjadi satu keutamaan untuk dihidangkan kepada tetamu. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan tuan rumah ialah mendapatkan perkhidmatan katering.

Sudah tentu mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang, anda mungkin mempunyai banyak pilihan perkhidmatan katering untuk ditempah pada hari lebaran. Nurul Izzah Catering Sdn. Bhd. (NIC) merupakan salah satu pilihan bagi anda untuk membuat tempahan sempena rumah terbuka sepanjang Aidilfitri ini.

NIC menawarkan perkhidmatan katering kepada individu, badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan majlis perkhawinan sejah 2003. Berpengkalan di Kampung Tengah A, Puchong berdekatan dengan One City, Putra Height dan USJ Subang Jaya. Lokasi ini merupakan pusat operasinya yang menempatkan galeri, pejabat, dapur, stor dan asrama pekerja.

Suasananya lokasi NIC amat sesuai bagi bakal pengantin yang ingin menganjur majlis perkahwinan berkonsepkan taman.

Perkara yang membezakan NIC dengan rakan pesaing lain ialah mereka sangat menitikberatkan aspek kualiti dalam penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan, perancangan majlis dan lojistik.

Sempena Aidilfitri, NIC menawarkan khidmat katering dengan minimum tempahan 100 orang sama ada RM45.90 atau RM55.90 seorang. Perkhidmatan ini termasuklah pelbagai menu, pinggan, gelas, sudu, garpu, kendi dan pelayan.

Antara menu popular NIC untuk rumah terbuka ialah nasi arab, biryani, nasi minyak, ayam masak merah, percik,masak bawang, goreng berempah, daging kuzi, salai masak lemak, masak hitam, kurma, jelatah, pajeri nenas dan dalca sayur. Dalam pada itu, terdapat juga hidangan wajib raya seperti lemang, ketupat pulut, nasi impit,roti jala, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang dan sayur lodeh.

Terdapat juga hidangan sampingan seperti bihun goreng, mee goreng, bihun sup, bihun soto, mee kari, laksa Penang, rojak buah, rojak petis dan gado-gado. Kuih-muih turut dihidangkan termasuk bingka ubi, talam keladi, kuih lapis dan seri muka. Tidak ketinggalan, minuman teh tarik, kopi tarik dan air kordial.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan