Penasihat program, Farizah Mo­hamad berkata, program itu diadakan bagi mengajak penuntut kolej aktif melakukan aktiviti rekreasi sekali gus membentuk kepemimpinan dan jati diri.

“Seramai 20 penuntut daripada Diploma Fakulti Pengurusan Pelancongan mengambil bahagian dalam aktiviti itu termasuk mela­kukan latihan dalam kumpulan.

“Ini adalah inisiatif kelab untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti yang menyihatkan badan. Pada masa sama melatih jati diri mereka dalam menyelesaikan masalah secara berkumpulan,” katanya.

Menurut Farizah, kelab tersebut sentiasa mencari idea untuk membawa penuntut daripada kolej berkenaan terlibat dengan pelbagai aktiviti rekreasi di sam­ping mempraktikkan kemahiran dan teori yang dipelajari ketika dalam proses pembelajaran serta pengajaran di dalam kelas.

Katanya, aktiviti sedemikian bukan sahaja menguji daya kepemimpinan malah mendidik mereka supaya sentiasa bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain.

Sementara itu, penuntut semester tiga Diploma Pengurusan Pelancongan, Mardiani Zulfikar, 19, berkata, penganjuran program tersebut memberikannya penga­laman dan dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan.

“Kaedah berkomuniksi secara berkesan juga dipraktikkan melalui program ini supaya dapat mengelakkan perselisihan faham dalam kalangan peserta ketika melakukan aktiviti,” jelasnya.

Bagi rakannya, Muhammad Nur Adham [email protected], 20, pula, aktiviti rekreasi yang dilaksanakan itu memberi kesan postif terutama dalam membentuk ciri kepemimpinan dan disiplin tinggi dalam diri.

“Ini adalah landasan terbaik untuk peserta menonjolkan diri dalam kepemimpinan dan saya berharap program seumpama ini terus dijalankan bagi memberi peluang kepada peserta menimba pengetahuan dan pengalaman luar kampus,” katanya.