Kejohanan tahunan buat kali ketujuh itu merupakan salah satu daripada program pengikat perhubungan mereka yang berkongsi citarasa dan kebanggaan bersama sebagai pemilik kereta nasional.

Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan ini yang diadakan bergilir-gilir di setiap negeri, dan kali ini WC Terengganu menjadi tuan rumah, destinasi menarik yang menjadi tumpuan ahli bersama keluarga mereka.

WC Terengganu muncul sebagai juara manakala WC Kelantan selaku naib johan sementara WC Kuala Lumpur-Selangor di tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Presiden WC, Adi Adzhar Razali di gelanggang Sport Planet Gong Badak.

Yang turut hadir Ketua Komuniti WC Terengganu, Abdul Nurhadi Ahmad.

WC mempunyai lebih 4,000 ahli di seluruh negara merupakan salah satu kelab permotoran yang aktif dalam menggerakkan kegiatan riadah dan kebajikan ahli di samping turut menyumbang kepada masyarakat. - UTUSAN ONLINE