Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat dan lambang kedaulatan orang Melayu khususnya kebesaran diraja.


Bagi anak kelahiran Raub, Pahang, Mohd Jasiman Mohamed Daie, ketika mempelajari silat pada zaman sekolah beliau berminat menyimpan dan menjual peralatan senjata tradisional seperti keris, kerambit, mata lembing, tombak, pedang dan lain-lain.


Awal tahun 2004 beliau mula untuk menyimpan keris latihan yang merupakan keris gelanggang dalam seni persilatan. 


Sehingga kini lebih 100 jenis alatan tradisional yang tersimpan rapi dalam koleksi peribadi beliau. 


Selain keris Tanah Melayu beliau turut menyimpan keris dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand.


Setelah menimba ilmu selama beberapa tahun dan bergaul bersama komuniti-komuniti pengumpul keris, beliau mula berjinak-jinak menjual pada tahun 2010. 


Keris dan senjata tradisonal yang dijual kebanyakan diambil dari Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan sekitar 
Lembah Klang.

Sebahagiannya juga diimport sehingga ke hari ini, lebih daripada 500 alatan tradisional telah terjual.


Salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila sebilah keris lama telah terjual pada harga RM6,000.

Beliau kini aktif menjual pada setiap hujung minggu di Amcorp Mall dan juga di karnival-karnival silat.