Tidak kira anda seorang yang sukakan ketenangan, bersemangat dengan kilauan lampu kota raya yang bergemerlapan atau menghargai kehijauan, setiap personaliti punya warna yang mencerminkan diri. 

Buat penghuni kota yang berjiwa global, Jotun baru-baru ini Melancarkan Trend Warna Global Jotun 2018:Rhytm Of Life dengan tiga tema warna yang baru iaitu City Motions, Silent Serenity dan Lush Garden.

Ketiga-tiga ‘irama’ berbeza ini mampu melengkapkan mood setiap tema dan mempamerkan keunikan warna dalam membentuk irama visual sesebuah bilik untuk semua lapisan masyarakat. 

Warna-warna  Rhythm of Life menyediakan palet padan suai yang amat bersesuaian dengan keperibadian anda. Anda boleh memanfaatkan kuasa luar biasa warna bagi mengubah suasana sebuah bilik dan mewujudkan ruang yang paling sesuai sekali dengan personaliti anda. 

Dari kajian, Jotun mengenal pasti tiga trend utama bagi penduduk-penduduk setiap bandar raya global iaitu keinginan mengalami kuasa pemulihan alam semula jadi, impian ketenangan serta  kehidupan lebih perlahan dan menyenangkan dan keinginan untuk menjadikan bandar raya yang semakin padat berpenduduk sebagai ruang hidup gaya minimalis yang tetap kreatif. 

Kad skim warna yang disediakan sebagai alat untuk membantu setiap penghuni kota mengekspresikan semua ini di kediaman mereka - mencampurkan dan memadankan warna dengan cara yang terbaik bagi mencerminkan identiti dan irama kehidupan mereka sendiri.

Menurut Pengarah Urusan Jotun Malaysia dan Singapura, Eric Mallace, Jotun berada di barisan hadapan inovasi produk dan warna dan sentiasa berusaha untuk melepasi jangkaan dengan membawakan produk berkualiti tinggi dan warna yang tahan lama.

“Tema-tema ini masing-masing direka untuk mencerminkan realiti kehidupan moden dan mengilhami imaginasi. Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life dengan 32 warna menyediakan setiap pereka dengan palet hiasan dalaman sesuai dengan pelbagai kediaman di seluruh dunia,” ujarnya ketika ditemui di pelancaran Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life yang diadakan  baru-baru ini. 

Warna-warna City Motions yang terdiri dari warna utama biru pekat, kelabu marmar, coklat kayu mencerminkan budaya kreatif penghuni kota yang moden dan ‘hipster’. Jiwa mereka menggemari reka bentuk terkini dan menghargai estetika asli tanpa mengubah ruang hidup terhad dengan garis-garis yang teratur dan bersih serta membawakan keanggunan bersahaja. 

City Motions memaparkan kehidupan di bandar yang sibuk. Ia merangkumi seni bina dan sifat minimalis, namun masih lagi mesra dipakai dengan butiran buatan tangan serta berfokuskan mesra alam.

Silent Serenity pula diilhamkan oleh perjalanan nomad global dan gaya hidup pelbagai budaya yang mementingkan cahaya semulajadi dan rasa bebas kawasan lapang.

Silent Serenity dengan gabungan warna merah jambu dan coklat keperangan yang bersahaja menjanjikan suasana damai dan cara hidup menyenangkan.

Inspirasi Gaya Tema oleh Kravik & D’Orazio ini mengadun pelbagai elemen budaya yang berbeza menggunakan bahan semulajadi berbeza seperti linen, fabrik bulu binatang, batu, kulit asli dan terakota.