Ekspo yang dianjurkan oleh Creative Home Avenue itu akan bermula pada 2 hingga 4 Jun ini di Stadium Nilai, Negeri Sembilan.

Penganjuran kali ini sedikit berbeza berbanding ekspo pertama yang diadakan pada tahun lalu.

Tarikh tersebut dipilih kerana merupakan tempoh paling sesuai untuk orang ramai membeli pe­rabot, barangan elektrik dan kabinet dapur sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ekspo kali ini juga menyaksikan lebih ramai penyertaan de­ngan jumlah keseluruhan 160 gerai jualan daripada pelbagai jenama terkenal selain menyasarkan kedatangan pengunjung yang baru membeli rumah atau yang berminat menukar perabot.

Selain itu, My Home Expo me­numpukan hanya pada barangan jenama terkenal dengan tawaran diskaun yang lumayan selain turut menganjurkan aktiviti seperti cabutan bertuah kepada pengunjung.

Pihak penganjur juga akan mengedarkan cenderamata berbentuk bantal secara percuma kepada 50 pengunjung terawal setiap hari.

Ekspo kali ini beroperasi sehingga pukul 11 malam bagi membolehkan pengunjung dari luar Nilai turut menikmati pengalaman membeli belah.

Bagi maklumat lanjut mengenai ekspo kali ini, orang ramai boleh like laman Facebook My HomeExpo.