Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hitam putih pilihan Azmie

REKA letak apartmen yang memanjang kelihatan luas dengan penataan dinding berwarna putih. 5
REKA letak apartmen yang memanjang kelihatan luas dengan penataan dinding berwarna putih.

ADA sesuatu yang menarik tentang kombinasi warna hitam dan putih pada rekaan hiasan dalaman rumah. Gabungan warna kontra gelap dan cerah itu membuatkan ia unik dan kesederhanaannya sungguh menenangkan jiwa.

 Namun, perlu pandai dalam menata hias rumah dengan penggunaan warna monokrom yang paling digemari ramai itu. Jika lebih warna hitam, ruang akan kelihatan kelam dan misteri, namun jika putih dipilih sebagai tema utama, ia dapat memberi ilusi ruang yang luas kepada rumah yang sempit.

Bagi Mohd Nor Azmie Nor Hamid, 30, warna hitam dan putih untuk menghias rumah yang baru didudukinya itu merupakan kata sepakat antara dia dan isterinya Nor Hidayah Mohd Amin, 29, sewaktu baru berpindah. 

Ternyata pilihan mereka tepat apabila apartment berkeluasan 883 kaki persegi itu kelihatan luas dan selesa buat keluarga kecil ini dengan pemilihan warna putih melatari keseluruhan dinding rumah. 

Hiasan di dinding berwarna hitam seperti bingkai dengan lukisan khat kufi menghiasi dinding dan barangan besar seperti langsir dan sofa pula berwarna kelabu gelap, memberi keseimbangan kepada hiasan hitam dan putih. 

Bagi menghilangkan kebosanan hiasan monokrom pada keseluruhan rumah, Azmie bijak bermain dengan limpahan cahaya seperti menerusi lampu berdiri dengan terendak lampu berwarna kelabu.

“Kami sangat meminati warna hitam dan putih kerana bagi kami gabungan warna tersebut nampak bersih dan cantik selain sesuai dengan konsep kami yang mahukan hiasan dalaman yang moden dan minimalis. 

“Selain itu, saya gemar membeli perabot di Ikea kerana reka bentuk dan saiznya yang memang sesuai untuk rumah apartment dan secara kebetulan perabot di sana banyak berwarna putih, memudahkan kami memilih perabot ketika menghias rumah,” ujar Azmie  ketika ditemui di kediamannya di Calisa Residence di Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Ruang

Selain banyak bermain dengan warna putih bagi memastikan rumah kelihatan luas, mereka juga bijak menggunakan pilihan klasik bagi memberi ilusi keluasan ruang dengan meletakkan bingkai cermin yang besar di ruang makan.

Paling menarik perhatian penulis ialah buaian rotan berwarna putih dengan lapik berwarna merah di ruang tamu. Ujar Azmie, ia merupakan pilihan dan kegemaran Nor Hidayah yang menjadikannya tempat rehat tetap isterinya di waktu malam.

Ruang main untuk tiga orang anaknya sengaja diletak di bahagian depan rumah supaya mudah memerhatikan aktiviti mereka namun bagi memastikan rumah sentiasa kemas, Azmie menyediakan laci bertingkat berwarna-warni untuk menyimpan mainan. 

“Rumah dengan konsep hitam dan putih ada kekurangan sebenarnya iaitu sukar untuk memastikan ia sentiasa bersih tambahan apabila memiliki anak-anak yang masih kecil. Perlu rajin mengelap dan memvakum rumah kerana dan setiap hujung minggu kami akan mencuci rumah kerana habuk akan jelas kelihatan jika tidak melakukan sesuatu,” terangnya yang banyak membeli-belah perabot di Ikea dan Kaison. 

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan