Sedangkan waktu makan tengah hari merupakan waktu makan yang amat penting setiap hari. Makan tengah hari meningkatkan paras gula di tahap yang sepatutnya dan membuatkan anda boleh fokus dan lebih produktif untuk jam seterusnya. Sebab itu amat penting untuk mendapatkan makan tengah hari yang berkhasiat. Buat pekerja di kota raya yang sentiasa sibuk, tidak perlu risau kerana Tony Roma’s menyediakan set makan tengah hari yang lengkap dan dapat dinikmati dengan tenang tanpa perlu bertoleransi dengan waktu rehat singkat.

Terkenal dengan hidangan tulang rusuk yang hebat, set hidangan makan tengah hari direka khas untuk anda supaya dapat menikmati hidangan terkenal Tony Roma’s dengan saiz sempurna dan harga berpatutan.

Tambah berbaloi, setiap set makan tengah hari dihidangkan bersama semangkuk sup dan segelas minuman ringan. Tawaran set makan tengah hari yang hanya disediakan pada hari kerja kecuali cuti umum dari 11 pagi hingga 3 petang ini terdapat di semua cawangan Tony Roma kecuali IOI City Mall dan Komtar JBCC.

Penggemar daging lembu sejati, wajib memesan hidangan terkenal Tony Roma’s seperti New York Steak. Berharga hanya RM38.90, anda dapat menikmati daging lembu 200 gram yang diperap sempurna dengan ramuan rahsia Tony Roma’s dan dihidang bersama dua hidangan sampingan pilihan anda.

Mengidam keenakan tulang rusuk Tony Romas’s? Untuk set makan tengah hari, Tony Roma’s turut menyediakan Bountiful Beef Rib pada harga RM43.90 sahaja dan anda dapat menikmati dua potong tulang rusuk lembu yang disadur dengan sos TR’s Original atau pilihan sos anda dihidang bersama kentang goreng dan coleslaw.

Bagi pencinta ayam, cubalah White Barbeque Chicken, Fire-Grilled Harvest Valley Chicken atau The Chicken Caprese Pasta, pengalaman menikmati hidangan ayam yang tidak pernah dirasai sebelum ini!

Penggemar makanan pedas wajib mencuba Spicy Chicken Pasta. Rasa pedas pada pasta linguine yang sempurna dihidang bersama dada ayam yang disalut bawang putih, selasih segar, pesto tomato dan sedikit lada Chipotle.

Bagi mereka yang berselera besar atau mahu mencuba pelbagai hidangan dalam satu pinggan, anda boleh mendapatkan kombo makan tengah hari sempurna seperti Bountiful Beef Rib & Mojo Chicken, Bountiful Beef Rib with Fish & Fries atau Bountiful Beef Rib & Lamb Cevapi.

Jika anda mencari sesuatu yang lebih ringan, pilihan salad juga tidak kurang hebatnya. Antara yang digemari ramai, Asian Salad with Grilled Chicken atau Chicken Caesar Salad, ia pasti dapat memuaskan selera anda.

Tawaran makan tengah hari ini bermula dengan harga serendah RM16.90 dan seterusnya di semua Restoran Tony Roma’s yang mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut mengenai Tony Roma’s, lawati laman web www.tonyromas.com.my.