Manakan tidak, dari perlumbaan suka-suka kini ia menjadi perlumbaan laluan hutan tropika yang terbesar, paling lasak dan terpanjang di Asia Tenggara.

Dengan jarak 132 kilometer bermula dari Taman Negara, Pahang menuju ke Kampong Mat Daling, 126 kilometer adalah trail perlumbaan yang perlu ditempoh peserta.

Peserta perlu melepasi laluan balak, merentas sungai, jalan berbatu dan berdebu, titi dan jambatan balak, bukit tinggi dan laluan persisir sungai yang berpasir menjadi taruhan perlumbaan kali ini.

Laluan semulajadi yang sebahagiannya masih aktif aktiviti pembalakan.

Mereka mempertaruhkan jentera seperti BMW1200GS/GSA, F800GS/GSA, F650GS, KTM690 Enduro, KTM900 Adventure, Ktm 1290 Super Adventure, KTM 1190R Adventure, Truimph Tiger 800,Yamaha XT1200 Super Tenere, Honda Africa Twin dan Ducati Scrambler Desert Sled.

Dengan kehadiran GIVI sebagai penaja utama dan disokong jenama besar dunia permotoran seperti BMW, KTM, Ducati, Triumph, Kawasaki,Luminox, Pirelli, dan Red Bull menjadikan perlumbaan lasak ini mempunyai tarikan yang sangat kuat dalam kalangan pelumba dalam dan luar negara yang lasak dan berani.

Kehadiran pelumba berpengalaman seperti Matteo Graziani dari Itali yang menunggang Ducati Scrambler menjadi tarikan utama dalam kalangan penunggang tempatan.

Matteo Graziani adalah merupakan pelumba profesional yang pernah menyertai perlumbaan Ralli Dakar kategori 450cc.

Pengarah Luar Negara GIVI International, Joseph Perucca yang juga pengasas GIVI Explorer melancarkan perlumbaan yang disertai seramai 106 pemilik motosikal "dual purpose adventure bike" dari Malaysia, Singapura, Thailand, China, Perancis, Britain, Australia dan Itali. 

Menurut Perucca, GIVI sentiasa menyokong perlumbaan perlumbaan lasak kerana GIVI telah menyediakan kelengkapan eksesori untuk semua jenis motosikal termasuk motosikal berkuasa besar sama ada kegunaan harian mahupun eksesori kembara lasak.

"Ini adalah peluang untuk memahami kehendak dan keperluan kelengkapan sokongan motosikal lasak untuk segmen GIVI Explorer," kata Perucca.

Perlumbaan dibahagikan kepada empat kelas iaitu kelas A “dual purpose”  700cc ke atas; kelas B “dual purpose” 400-650cc, kelas C adventure 250-750cc serta kelas Enduro.

Perlumbaan adalah berdasarkan kiraan masa terpantas yang berpandukan peralatan sensor atau pengesan yang dipasang di bahagian motor peserta.

Pengarah Urusan Rimba Raid Sdn. Bhd., Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, perlumbaan ini adalah untuk memenuhi kehendak golongan penunggang lasak menguji kemampuan dan skill tungangan mereka. Sebelum ini trail perlumbaan hanya dibuat oleh trektor dengan laluan yang dirancang di kawasan bandar.

“Jadi perlumbaan ini yang mempunyai ciri-ciri perlumbaan terkenal “Rally Dakar” semenangnya di nanti. Berbeza dari segi muka buminya. Perlumbaan di sini mempunyai ciri-ciri perlumbaan yang hampir sama.

"Penunggangnya mesti bersedia fizikal dan mental secukupnya, jentera pula mesti diselengara dengan baik dan selebihnya terletak kepada kesanggupan dan keberanian untuk menunggang sepantas yang boleh melalui trail hutan yang semulajadi," ujarnya.

Cuaca baik dan berbekalkan pengalaman pada perlumbaan yang lalu membolehkan sepuluh peserta pertama menghabiskan perlumbaan dibawah masa tiga jam.

Masaalah hanya timbul pada peserta ke-50 dan ke atas apabila menyaksikan banyak jentera mengalami kerosakan teknikal, “clutch” rosak, rim bengkok, minyak habis dan ramai yang ramai yang jatuh dan terbabas dilaluan sukar kerana keletihan dan kekurangan pengalaman.

Petang itu, sebelas jentera terpaksa ditinggalkan di trail hutan kerana kesukaran untuk membawa keluar pada waktu malam.Walaupun begitu kesemua peserta yang terlibat dapat dikeluarkan sebelum pukul 6.30 petang.

Satu satunya peryertaan penunggang wanita dari China yang menyertai perlumbaan berjaya menghabiskan perlumbaan menunggang Kawasaki KLX250 dengan masa 7:10:30.

Keputusan GIVI-Rimba Raid 2018

Kelas A:

Muhamad Habibullah Mohd Saleh / Malaysia / KTM 1050 / 2:33:07

Matteo Graziani / Itali / Ducati Scrambler / 2:41:03

MohdZulkarnain Tahir / Malaysia / HP2 Enduro / 2:49:22

Kelas B:

Muhamad NazmeeRamli / Sertoa / 2:35:28

MohdShahidan Mohamad Ghazali / KTM600R / 2:45:47

Mohamad KhairulAfif Mohamad Ghazali / F650GS single / 2:48:51

Kelas C:

Ahmad IezzamRoslim / CRF250 / 2:28:42

Muhamat Hairy Muhamat Omar Zuk / CRF250 / 3:19:10

Rizal Zakaria / RE Himalayan / 3:26:09.-UTUSAN  ONLINE