Istimewa buat bakal pengantin, Habib menawarkan koleksi perkahwinan terbaharu iaitu koleksi H serta lima koleksi pereka Heart On Fire iaitu Aerial, Lorelei, Illa dan Copley di samping rekaan eksklusif musim sejuk/krismas 2017 Pandora.

Tidak ketinggalan, jam tangan mewah dari Belgium, Ice-Watch turut menampilkan tiga koleksi terbaharu mereka, Ice-Mirror, Ice-Sparkling dan koleksi editi terhad Piere Leclercq.

Pameran dan jualan yang berlangsung selama 10 hari di ruang legar pusat beli-belah The Curve itu memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli-belah dengan harga istimewa beserta hadiah menarik dengan setiap pembelian.