Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Skaf Hero Seorang Cinderella dari Ariani

Ariani
Antara busana dan hijab yang ditampilkan sempena Aidilfitri pada majlis pertunjukan fesyen Simfoni Ariani 2017 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 15 Mei - Bersempena drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang yang bakal ditayangkan bulan Ramadan ini, Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd menghasilkan koleksi istimewa Skaf Hero Seorang Cinderella.

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, helaian tudung instant dan selendang edisi terhad itu hasil inspirasi dari watak utama yang dibintangi oleh pelakon popular, Nur Fazura.

"Terdapat lima koleksi istimewa terdiri daripada koleksi polos dan bercetak seperti Selendang Cinderella, Tudung Instant Cinderella, Selendang Nura, Selendang Medini dan Selendang Miss D.

"Saya berharap koleksi ini akan menerima sambutan yang baik daripada penonton drama ini," kata Farah Haryania pada sidang akhbar majlis pertunjukan fesyen Simfoni Ariani Lebaran 2017 di sini hari ini.

Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Hamidah Khamis, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Faroz Mohamed Jakel serta Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Dalam pada itu, menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba, Ariani turut mempersembahkan koleksi Ariani Lebaran 2017 yang menampilkan rekaan hijab dan busana yang lebih segar dan warna-warna menarik.

Farah Haryani berkata, sebanyak 30 koleksi tudung baharu ditampilkan daripada 100 koleksi khas yang dikeluarkan sempena lebaran kali ini.

"Koleksi yang bertemakan simfoni muzikal ini adalah cetusan kelainan terhadap persembahan  ini dan juga sebagai simbolik dalam meraikan sambutan satu dekad Ariani di pasaran.

"Bermula dari konsep persembahan sehinggalah ke koleksi ini, semuanya digarap dengan rekaan yang terkini bersama sentuhan warna-warna harmoni dan bersesuaian dengan Aidilfitri yang mana kita semua berkumpul dan bersalam-salaman," kata Farah Haryani.

Bermula dari rekaan selendang sehinggalah ke tudung instant, koleksi itu merangkumi pilihan hijab polos dengan warna pastel dan terang serta terdapat juga dalam pilihan corak bercetak dengan harga serendah RM69.

Semua koleksi ini boleh diperolehi bermula esok di semua galeri Ariani di seluruh Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan