Bagi menyambut Hari Kebahagiaan Sedunia yang disambut setiap 20 Mac, jenama kecantikan mewah terkemuka Perancis itu tidak ketinggalan meraikan pelanggan setianya dengan sambutan Journey To Happiness With Lancome di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini dengan kerjasama beberapa jenama seperti Naelofar Hijab, Häagen-Dazs, dan Nescafe.

Duta Lancome Malaysia, Neelofa membuat penampilan istimewa dengan berkongsi pengalamannya sepanjang menempuh perjalanan sebagai seorang selebriti dan ikon perniagaan.

“Kebahagiaan adalah pilihan yang kita buat setiap hari. Kita semua melalui masa yang sukar tetapi anda mempunyai kuasa untuk memilih sama ada ia memberi kesan kepada anda atau tidak,” ujarnya dalam majlis pelancaran kempen tersebut.

Wanita ini turut berkongsi tentang cintanya kepada dunia solekan dan kecantikan serta bagaimana solekan Lancome membantunya kelihatan sempurna setiap hari seperti yang di lihat di akaun media sosialnya.

Lebih istimewa lagi, Lancome telah membawa jurusolek kegemaran Neelofa, Syedewa untuk mempamerkan tiga gaya solekan peribadi selebriti tersebut menggunakan produk-produk kegemaran Neelofa seperti Advanced Genifique iaitu serum yang membuatkan kulit sihat bersinar, Teint idole Ultra Wear Foundation, bedak asas yang melitupi wajah dengan sempurna selama 24 jam, gincu L’Absolu Rouge dengan 50 pilihan warna melalui tiga kemasan berbeza dan akhir sekali, minyak wangi Happiness - La Vie Est Belle. - UTUSAN ONLINE