Ingin memuatkan dompet, telefon bimbit, alat solek, tisu, dan sebagainya, gaya hidup wanita kosmopolitan kadang kala memerlukan fesyen yang mudah.

Untuk itu Carlo Rino mengilhamkan beg tangan yang mempunyai pelbagai fungsi dengan ciri-cirinya yang mempunyai banyak bahagian memudahkan untuk menyimpan barang.

Sesuai dibawa ke mana-mana dan kekal bergaya, saiz bahagian dalam yang besar menjadikannya sempurna serta praktikal untuk dibawa ke mana saja.

Turut menggabungkan elemen segar, moden dan kemas, ia menjadikan satu himpunan beg unik yang teguh, praktikal dan ringkas.

Pastinya koleksi terbaharu ini tidak ketinggalan menawarkan ruang penyimpanan berbeza dan tidak hanya tertumpu pada satu bahagian.

Ruang penyimpanan yang pelbagai ini boleh dialihkan, disimpan atau dibiarkan saja sebagai ‘divider’ atau pembahagi dalaman bagasi.

koleksi beg edisi Syawal ini menawarkan pelbagai fungsi dilengkapi tali boleh laras dan lebih banyak bahagian untuk menyimpan barangan penting.

Ia boleh digayakan seperti beg silang atau beg tangan mengikut cita rasa masing-masing, ia dapat menonjolkan penampilan yang digemari.

Ketahanan serta kualiti beg turut menjadi keutamaan Carlo Rino dalam proses penghasilan setiap beg bagi memastikan setiap koleksi menepati kehendak pelanggan.

Menggunakan material yang sesuai untuk beg tahan lasak serta menggunakan corak yang menarik, kesemua koleksi terbaharu Carlo Rino boleh didapati di butik, kaunter, dan outlet bermula 29 Mei hingga 17 Jun.

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018, Carlo Rino turut mengadakan jualan hari raya sehingga potongan harga 70 peratus selain tambahan diskaun 10 peratus untuk ‘online shopper’ pada barangan tertentu dengan kod CRLZDRAYA10 dalam kempen ‘Lazada Riang Ria Raya-Nikmati Dikongsi Bersama’ bermula esok sehingga 4 Jun ini.

Jom layari shop.carlorino.net dan http://bit.ly/CRLZDRAYA 20 untuk melihat koleksi-koleksi terkini keluaran Carlo Rino. - UTUSAN ONLINE