Tidak ketinggalan, lambakan cermin mata tiruan di pasar malam mengundang keresahan peniaga cermin mata tulen. Tahukah anda, walaupun koleksi tersebut dijual dengan harga murah tetapi ia tidak berfungsi dengan baik untuk melindungi mata?

Cermin mata hitam yang berkualiti dapat memelihara mata daripada sinaran ultraviolet (UV) dan infra merah (IR). Penggunaan aksesori ini bukan sahaja terhad pada waktu siang, malah anda boleh meningkatkan penglihatan pada waktu malam.

Selain nampak bergaya, ia dapat meningkatkan kualiti penglihatan mata. Percaya atau tidak, dengan penggunaan cermin mata hitam pada siang hari dapat meningkatkan kadar penglihatan pada waktu malam. Namun, jangan pula memilih cermin mata hitam yang tidak secocok dengan penampilan dan tidak berkualiti yang mungkin menjejaskan penglihatan. Pilihlah cermin mata mengikut panduan yang betul.

Bagi jenama yang sudah 28 tahun bertapak di Malaysia, Focus Point baru-baru ini melancarkan kedai optik yang berkonsep terbuka di Melawati Mall, Kuala Lumpur. Pusat optikal sehenti terbesar di Asia Tenggara mula beroperasi di Muar, Johor pada tahun 1989 oleh dua beradik, Datuk Liaw Choon Liang yang kini Pengarah Urusan Kumpulan Focus Point dan CK Liaw sebagai Pengerusinya.

Tambah beliau, apa yang membezakan cawangan ini dengan jenama lain ialah ciri konsep terbuka. Kedai ini memperkenalkan konsep yang lebih mesra pelanggan serta mempunyai ciri-ciri kontemporari di mana pelanggan boleh terus menghampiri kedai dan menyentuh kaca mata yang disukai.

Choon Liang berkata, pelanggan boleh memilih pelbagai jenama kaca mata antarabangsa seperti Hush Puppies, Converse, Jaguar, Davidoff, Gucci, Christian, Dolce & Gabbana dan banyak lagi.

Ini kerana Focus Point merupakan pengedar unggul bagi kebanyakan jenama kaca mata eksklusif dan terkenal di dunia.

“Orang Malaysia gemarkan jenama kaca mata antarabangsa kerana ia mempamerkan gaya eksklusif seseorang individu.Kami faham ramai yang ingin memakai kaca mata berjenama antarabangsa dan terkenal tetapi kurang berkemampuan kerana banyak lagi komitmen lain yang lebih mustahak. Tetapi kami di sini menyediakan pilihan jenama untuk anda daripada yang mewah hingga mampu milik,” katanya.

Choon Liang menjelaskan, walaupun harga kaca mata berjenama mahal namun tidak dinafikan ia tahan lama, selain rekaan eksklusif dan mereka yang memakainya pun pasti berbangga.