Bagi jenama kemeja-T, Los Chicos Clothing (LCC), elemen batik menjadi identiti rekaan mereka. Walaupun secara keseluruhan fabrik kapas digunakan, masih ada elemen batik pada poket baju dan lengan digunakan untuk menarik golongan anak muda meminati batik.

Jenama ini diilhamkan pada Januari 2013 dan perkataan Los Chicos berasal daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘a group of boys’ atau kumpulan remaja lelaki.

Ketika itu, kebanyakan kemeja­-T jenama tempatan yang ada di pasaran dijual pada harga yang agak mahal serta tidak mampu dimiliki golongan yang masih berse­kolah atau pelajar universiti.

Bagi menyerlah­kan gaya remaja yang ceria serta ranggi, jenama ini juga menerapkan konsep suai dan padan. Sebagai pelengkap fesyen remaja, LCC juga menjual gelang yang sesuai untuk lelaki dan wanita. LCC juga bekerjasama dengan Trilight Seventeen Studio untuk tempahan fotografi, videografi dan sebagainya.