Selain itu, banyak pula yang disiapkan dengan begnya sekali bagi memu­dahkan penyimpanannya.

Bagi yang ingin mencari telekung dengan rekaan baru pasti akan tertarik dengan telekung buatan Qasha.

Pemilik dan perekanya, Azilah Akashah berkata, banyak keistimewaan yang terdapat pada telekung jenama ini.

“Segala rekaan telekung ini saya fikir setelah meneliliti, mengkaji dan mengharungi beberapa kali percubaan sebelum munculnya telekung Qasha.

“Di Asia Tenggara telekung hampir semua sama dari kualiti, rekaan, harga, kehalusan kerja. Hanya kekemasan sahaja yang membezakan sesuatu telekung. Saya ingin mencipta kelainan pada suatu hari nanti dimana telekung akan diguna oleh semua muslimah seluruh dunia,” katanya.

Kebanyakan telekung yang banyak dijual tidak selesa di mana bahagian muka terlalu longgar, getah di dahi terlalu ketat atau bahagian dagu terlalu besar.

Ada yang terpaksa membaiki semula telekung yang dibeli itu supaya selesa. Mungkin mereka membeli kerana tertarik dengan sulaman dan renda yang dijahit pada telekung tersebut.

Namun jika hendak digunakan untuk beribadat, telekung yang dipakai mestilah memenuhi syariat seperti dapat menutupi anak rambut dan dagu dengan sempurna.

Berbicara mengenai telekung memenuhi syariat, Azilah berkata, kebanyakan masalah terdapat pada telekung adalah pada bahagian muka.

Ada yang bahagian muka telekung longgar sehingga si pemakai terpaksa memakai anak tudung. Ada pula bahagian dagu terlalu kecil sehingga muka terasa seperti dicengkam.

Cuma yang cantik sulaman dan rendanya. Lebih menarik lagi, telekung ini tidak memerlukan anak tudung.

TELEKUNG QASHA

NO. 6-25-01 
JALAN MEDAN PB8A

SEKSYEN 9, BANGI SENTRAL

43650 BANDAR BARU BANGI

Laman Web : 
www.qasha.com.my

Facebook :telekung qasha

Instagram : telekung.qasha