Pada lewat kurun ke-19, wanita dan lelaki mula memakai jam tangan sebagai barang perhiasan. Kini ia bukan lagi sesuatu yang asing khususnya golongan muda.

Bagi golongan remaja, aksesori seperti ini memberi kelainan dengan penampilan yang eksotik dan ranggi, selain kelihatan lincah dan bertenaga.

Uniknya, aksesori seperti ini memberikan keunikan dari segi pemakaian kerana mampu membuat kejutan.

Bagaikan memahami kemahuan remaja, Ice Watch memperkenalkan koleksi jam tangan yang mempunyai elemen lasak dan sesuai digayakan ketika melakukan aktiviti luar seperti bersukan.

Koleksi ini menampilkan gaya metropolitan dengan corak serta warna sofisti­kated.

Sementara itu, koleksi jam tangan ini hadir dalam saiz sederhana dengan pelbagai warna. Jam tangan eksklusif bagi lelaki dan wanita ini sesuai bagi mereka yang ingin kelihatan bergaya dengan rekaan moden terkini.

Ice Watch juga dilihat berjaya menghasilkan jam tangan berkualiti tinggi dengan mengambil inspirasi daripada rekaan fesyen mewah namun mengekalkan harga berpatutan.

Dalam pada itu, Ice Watch turut melancarkan butik baharu di Mitsui Outlet Park, KLIA, Sepang.

Bagaikan memahami kemahuan remaja, Ice Watch memperkenalkan koleksi jam tangan yang mempunyai elemen lasak dan sesuai digayakan ketika melakukan aktiviti luar seperti bersukan.