Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Stail urban lelaki, wanita

aa 12
aa

TREND memakai cermin mata bukan sesuatu yang asing jika anda peminat fesyen. Bukan setakat melindungi mata daripada pancaran sinar matahari, ia juga ibarat aksesori yang perlu ada. Namun untuk tampil bergaya, pembeliannya perlu serasi dengan raut wajah anda.

Malah ada yang memakai cermin mata khusus untuk rabun tetap nampak bergaya. Bagi peminat cermin mata hitam, gaya ini sebenarnya sesuai dengan iklim tropika negara yang dapat memelihara mata daripada sinaran ultraviolet (UV) dan infra merah (IR).

Seperti jenama antarabangsa lain, ic! berlin urban sentiasa tampil dengan rekaan baharu. Jenama ini terkenal dengan rekaan cermin mata yang menggarap ciri-ciri estetika moden dan funky. Menerapkan tiga dimensi (3D) printed, memberi perspektif baharu dengan kacukan teknologi hibrid seperti 3D printed mixture, warna plotic misalnya biru lembut dan beige.

Tidak ketinggalan, ic! berlin juga bergandingan dengan pereka terkenal Jeremy Tarian. Koleksi kolaborasi tersebut mengetengahkan gaya retro kepada si pemakai dengan jeritan warna yang tampak jelas pada keseluruhan koleksi.

Idea vegetarian menyerlahkan gaya bersahaja dan menjadi titik fokus penggayaan koleksi duo ini.

Koleksi ini diilhamkan dengan imbasan gaya tropika. Seperti rekaan urban, ic! berlin x, Tarian juga menerapkan teknologi mudah lentur dan anti lasak, sesuai dengan jiwa millenial yang semakin berpengaruh dan sesuai untuk mereka yang berkerjaya, sentiasa sibuk dan lasak.

Jeremy Tarian merupakan graduan Parsons School of Design, New York dan pernah bergandingan bersama HEAD School di Geneva untuk melancarkan koleksi baharu.

Semua rekaan telah dipasarkan di Malaysia bermula Mei lalu dan boleh didapati di semua rangkaian wakil ic! berlin di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan