Menggunakan fabrik poly dengan fiber lycra yang sama seperti neoprene, Save My Bag (SMB) mempunyai keunikan tersendiri.

Walaupun material yang digunakan sangat ringan, beg ini boleh mengangkat beban sehingga sepuluh kilogram. SMB boleh didapati dalam rekaan polos dan bercorak unik dan 100 peratus diperbuat di Bergamo, Itali.

Mempunyai pelbagai warna menarik, pada awalnya beg ini menjadi sarung penyelamat beg mewah kesayangan anda. Tidak hairanlah kebanyakan reka bentuk beg ini menyerupai jenama-jenama mewah antarabangsa.

Namun lama kelama-lamaan jenama ini diterima sebagai beg tangan sama ada untuk ke pejabat, kasual atau melancong. Jenama yang berasal dari Itali ini kini bukan hanya melindungi beg anda sendiri tetapi menampilkan personaliti anda dengan menggayakan beg yang berwarna-warni sama ada polos atau bercorak.

Setiap rekaan dihasilkan adalah terhad dan himpunan beg tangan ini juga dihasilkan mengikut saiz dan fungsi. Justeru, ciri ketahanan, potongan menarik dan keselesaan menjadi identiti utama jenama ini. Koleksi ini banyak bermain dengan warna tetapi masih mengekalkan rekaan kelembutan dan feminin.

Antara warna-warna menarik yang diketengahkan di dalam koleksi ini ialah merah, merah samar, ungu, hijau, coklat, hitam, kelabu dan sebaginya. Paling utama ialah reka bentuknya menepati ciri rekaan terkini dan koleksi ini kini boleh didapati secara eksklusif di butik SMB, lot 203C, tingkat dua, Suria KLCC Kuala Lumpur. Butik ini merupakan butik ke-27 Save My Bag setelah bertapak di Rom, Sydney, Jepun, Mexico, St Tropez, Singapura dan banyak lagi serata dunia.