Jawapan itu bukanlah kerana jean adalah seluar yang paling selesa, tetapi ia adalah helaian pakaian yang tidak pernah menghampakan anda.

Sepasang seluar jean yang selesa buat si pemakai menjanjikan 1,001 gaya dengan pelbagai padanan.

Musim ini, jenama pakaian antarabangsa, Monki menzahirkan cinta jenama ini kepada denim dan gaya peribadi pelanggan mereka. Hadir dengan pelbagai gaya dan helaian fesyen daripada material denim, pastinya membuatkan penggemar street fashion rambang mata.

Masih mengekalkan kualiti dengan menghasilkan material daripada 100 peratus kapas organik, Monki menjanjikan koleksi Monki Denim AW18 mengetengahkan sepasang seluar jean untuk setiap mood dan almari pakaian.

Bagi Monki, denim seharusnya sesuatu yang menyeronokkan, sebab itulah padanannya mampu membuatkan anda rasa hebat.

Seluar jean yang hebat tidak berguna tanpa sentuhan peribadi sama ada ia seluar dungari, kemeja T slogan, kemeja gingam atau baju kait bercetak dengan beret.

Sama ada anda pencinta gaya klasik 1970-an atau mahukan sesuatu yang mengikut trend semasa untuk gaya jean anda, koleksi ini hanya mempunyai satu fokus iaitu anda dan gaya peribadi anda.

Memperkenalkan rona dan siluet baru dalam koleksi kali ini, jenama Sweden ini menggabungkan trend yang anda mahukan dengan keperibadian si pemakai.

Satu set denim seluar, skirt dan jaket dimasukkan dalam koleksi ini bersama pelbagai warna, corak dan potongan.

Koleksi terbaharu, Mozik, membuat kemunculannya dengan potongan klasik 1990-an yang sedikit senteng dan santai, sesuai buat mereka yang sukakan sesuatu yang selesa namun masih kekal bergaya.

Yoko merupakan jean berpinggang tinggi, gaya retro dengan potongan kaki sedikit kembang manakala potongan santai Taiki diinspirasikan daripada mom jeans yang diolahkan mengikut trend abad ke-21.

Warna-warna baru yang lebih segar seperti coklat dan merah jambu untuk rekaan Kimomo diterap dalam rona koleksi terbaru Monki.

Malah mereka yang mempunyai ciri-ciri ceria dan gemarkan sesuatu yang berbeza turut tidak dilupakan dengan cetakan bintik polka yang menarik!

Monki mula diperkenalkan pada tahun 2006 di Sweden dan merupakan stor pertama mereka di sana.

Jika anda hendak ke butik Monki di Malaysia, bolehlah pergi ke Nu Sentral, Sunway Putra Mall, One Utama, Sunway Pyramid dan IOI City Mall.