Pelbagai pilihan warna garang dan elegan yang ditawarkan sudah pasti menyerlahkan personaliti si pemakai. Jenama ini sesuai digayakan oleh pemakai wanita dan lelaki tanpa mengira kelompok umur.

Kebiasaannya, butik Ice Watch dihiasi deretan jam tangan yang berwarna-warni memberi inspirasi moden dan funky kepada pengunjung. Jam tangan dengan reka bentuk unik itu terdapat dalam pelbagai warna dan model. Kelainan yang ditampilkan oleh jenama ini ialah menerusi pilihan warna-warna yang berani dan boleh digayakan pada sebarang acara kasual mahupun formal.

Beberapa selebriti terkenal Hollywood telah memilih jenama ini sebagai sebahagian aksesori fesyen mereka termasuk Jeniffer Lopez, Avril Lavigne, Davide Guetta dan Audrina Patridge. Harga bagi setiap unit jam tersebut bermula dari RM200 hingga RM1,000 ke atas dan disertakan jaminan selama dua tahun.

Secara rasminya, kumpulan Habib sebagai pengedar tunggal jenama ini telah membuka galeri Ice Watch yang pertama di Ampang Point, Kuala Lumpur pada 15 April 2014. Konsep Ice Watch iaitu Change You Can menampilkan warna-warna menarik dengan harga mampu milik membolehkan penggemar jam tangan memilki pelbagai koleksi ini untuk dipadankan dengan stail busana, majlis tertentu dan personaliti.