Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Seleksi gaya anggun

Pertunjukan fesyen Zalora di Mercu Mustapha Kamal 7

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, persalinan untuk Hari Raya Aidilfitri bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana terlalu banyak pilihan yang dihidangkan terutama buat golongan wanita.

Pelbagai rekaan pereka-pereka tersohor sering dinanti seperti koleksi dari destinasi beli-belah dalam talian popular, Zalora yang mempamerkan 16 jenama di bawah satu bumbung.

Mempertaruhkan koleksi pakaian sopan yang manis digayakan pada hari raya, antara jenama yang memperaga koleksi ialah Kree, Pikat KL, Calacara, Mermaid Luxe, Kami Idea, Minaz, FZK, Lubna, Petra, Ilham Echenta, Naelofar, Mumu serta tidak ketinggalan jenama-jenama besar dalam industri fesyen tanah air dari Lyndarahim, Syomirizwa Gupta, Tsyahmi dan Tom Abang Saufi.

Selain warna-warna pastel, rata-rata koleksi yang ditampilkan turut memilih motif bercorak sama ada motif bunga, abstrak, batik, geometrik serta dedaun dengan warna-warna terang seperti oren, kuning, merah, hijau serta warna-warna bumi seperti hitam, coklat, kelabu dan krim.

Mengikut trend tahun ini, potongan peplum, kurung moden, kebaya pendek, dress, cape dan baju kurung Kedah masih menjadi pilihan pereka, dengan sedikit fokus diberikan pada bahagian bahu, hujung lengan, dada serta kaki sama ada perincian manik atau ropol.

Tom Abang Saufi

Batik tetap menjadi pilihan jenama terkemuka ini dengan mempertaruh warna-warna terang seperti kuning, merah jambu, biru dan jingga, serta warna-warna selamat seperti hitam dan kelabu. Potongan baju kurung Kedah dan kimono dengan sentuhan tali pinggang dari fabrik yang sama mencetus kelainan.

Lyndarahim

Wanita ini sering tampil dengan koleksi yang sering berbeza. Kali ini pereka ini memberi tumpuan pada potongan baju kurung moden yang diberi sedikit penekanan pada bahagian pinggang apabila menambah ruang poket di bahagian berkenaan dengan sedikit hiasan ropol. Ropol menjadi fokus jenama ini selain warna biru terang, hijau lumut serta pic dengan motif dedaun.

Lubna

Memberi tumpuan pada fabrik, Lubna memilih rekaan menggunakan fabrik renda yang digabungkan dengan penggunaan sutera satin, membolehkan ilusi klasik pada busana. Lubna mengetengahkan warna-warna pastel seperti merah jambu, putih, biru lembut, krim serta gabungan hitam dan beige. Renda bunga timbul yang dijadikan sebagai perincian di bahagian hujung lengan dan kaki tampak serasi dengan alunan fabrik yang dipilih.

Pikat KL

Mengambil inspirasi daripada koleksi pakaian biduanita, Allahyarhamah Puan Sri Saloma, jenama ini menampilkan potongan peplum atas pinggul dengan ropol di bahagian lengan. Ia memberikan sedikit perincian kuntuman bunga organza melalui pilihan fabrik polos dan bercorak.

Mermaid Luxe

Membawa tema Raya Wonderland, jenama ini menampilkan rekaan bagi golongan wanita yang ingin kelihatan manis, klasik, ringkas dan elegan pada hari raya dengan rekaan diinspirasikan daripada cerita zaman kanak-kanak seperti Alice in Wonderland, Cinderella dan Snow White. Memilih warna-warna ceria seperti merah, oren, kuning, pic, merah jambu, koleksi jenama ini sangat sesuai digayakan anak gadis yang mahukan imej yang ringkas.

Kami Idea

Jenama dari Indonesia ini tidak pernah gagal mengangkat rekaan yang sofistikated buat golongan Muslimah dengan menampilkan potongan moden dan lebih segar melalui koleksi Macra dan Lulla. Ia mengetengahkan motif abstrak yang diinspirasikan daripada sayap rama-rama dan pepatung, selain memfokuskan warna-warna biasa seperti hitam, krim, jingga dan kuning, sekali gus memberikan kesan lebih langsing.

Kree

Koleksi Rene Sulaiman kali ini lari daripada kebiasaan dengan memberi perspektif baharu dalam setiap rekaan. Dia mempertaruh fabrik seperti patterned net, cotton poly dan renda selain potongan yang memudahkan pergerakan, selesa bernafas serta sesuai digayakan pada pemakaian seharian.

Tumpuan turut diberikan pada perincian dengan memilih bulu, manik, fish scale serta applique yang menyuntik persalinan ini tampak eksklusif.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan