Sekali gus menjadikannya salah satu jenama yang dipercayai dan sesuai untuk kembara ketika bercuti dan melancong ke destinasi pilihan. Bagi penggemar aktiviti lasak, beg kembara ini pasti menjadi pilihan kerana kualiti dan rekaannya.

Diasaskan pada 1910, koleksi Samsonite membentuk identiti tersendiri dengan menggabungkan ketinggian kualiti, daya tahan dan nilai-nilai yang praktikal.

Pelbagai rekaan untuk golongan wanita, lelaki, profesional, remaja dan penggemar fesyen - beg kembara yang ditawarkan sememangnya bermutu tinggi. Terbaharu, jenama ini menghasilkan koleksi Inova dengan corak marmar yang eksklusif.

Inova antara sebahagian koleksi popular Samsonite. Terdiri daripada dua warna hitam dan putih, koleksi ini menonjolkan gaya menarik dan mengikut trend semasa.

Terdapat dua saiz iaitu 55 sentimeter (cm) dan 69 cm, koleksi ini mempunyai jaminan sepuluh tahun di seluruh dunia. Setiap beg mempunyai ruang menyimpan pakaian yang selesa. Inova praktikal untuk pelbagai situasi. Selain digelar beg kembara, jenama ini terkenal dengan sistem keselamatan kunci yang terbaik.