Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Promosi baju raya Jakel bermula hari ini

KUALA LUMPUR 18 Mei – Merancakkan musim perayaan tahun ini, gedung pakaian terkemuka Jakel menampilkan rangkaian koleksi baju raya Jakel, Barulah Raya!! dengan tawaran harga berpatutan.

Mohamed Faroz Mohamed Jakel

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, sempena ulang tahun penubuhan ke-10 bertapak di Kuala Lumpur, syarikatnya mengeluarkan pelbagai koleksi baju raya sebagai penghargaan kepada pelanggan.

“Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden.

“Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan mementingkan elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi,” katanya selepas melancarkan promosi #Jakel Barulah Raya 2017!! di sini hari ini.

Beberapa selebriti turut hadir pada majlis tersebut antaranya Aaron Aziz, Harith Iskandar, Nabil Ahmad, Ayda Jebat, Rozita Che Wan, Janna Nick dan juga keluarga Hanis Zalikha serta Scha Al-Yahya.

Mohamed Faroz berkata, koleksi baju Melayu Jakel menampilkan empat koleksi iaitu baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Hairul Azreen dan yang terbaharu koleksi Harith Iskandar.

“Tahun ini kita mengambil inisiatif produk baju Melayu bersaiz besar dan merupakan kali pertama dipasarkan untuk mereka yang berbadan ‘comel’,” ujarnya.

Tambah beliau, semua koleksi baju Melayu yang ditawarkan dijual dengan harga serendah RM89 sehingga RM150 dan pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping serta butang baju Melayu bagi setiap pembelian baju berkenaan.

Tambahnya, koleksi kurta di bawah label Hairul Azreen dan Awal Ashaari juga merupakan keluaran terbaharu.

“Setiap kurta yang dihasilkan adalah berkualiti dan menggunakan fabrik kapas yang bercorak di samping mempunyai kekemasan potongan di bahagian leher dan belakang bahu serta dilengkapi poket,” katanya.

Bagi koleksi baju kurung pula, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif dan moden dengan cita rasa terkini menggunakan label Ayda Jebat.

“Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini menyasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa dan setiap rekaan bagi koleksi ianya bersifat ‘sederhana tetapi menarik’,” katanya.

Dalam pada itu, menarik lebaran kali ini Jakel juga menampilkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan direka dengan warna dan rekaan sedondon.

“Istimewanya raya tahun ini Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga Haniz Zalikha, Hairil Azreen dan si cilik Yusof Iskandar dan juga keluarga Scha Al-Yahya bersama permata ha­tinya Lara Alana,” katanya.

Semua koleksi menarik baju raya ini akan berada di pasaran mulai esok dan pelanggan boleh mengunjungi semua rangkaian butik Jakel di seluruh negara.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan