Menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba, Ariani kembali ke pentas peragaan dalam mempersembahkan koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan semasa musim perayaan dan undangan rumah terbuka dan ia boleh didapati di butik mereka.

Koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan. Sebanyak 60 pilihan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

Kesemua koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 yang dipersembahkan tidak sekadar cantik di pandang, tapi cukup praktikal untuk digayakan sepanjang lebaran ini.

Dari rekaan selendang sehinggalah ke pilihan tudung segera, koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 ini merangkumi pilihan hijab polos dengan warna pastel dan terang yang menarik serta turut terdapat dalam pelbagai pilihan corak cetakan yang segar dan cantik.

Formulasi tudung segera untuk gaya wanita semasa musim perayaan ini diketengahkan bagi mengikut kehendak dan permintaan pelanggan yang inginkan helaian hijab segera yang mudah digayakan dengan sentuhan eksklusif berupa permata Swarovski serta perincian les berkualiti tinggi.

Turut dipersembahkan, 10 koleksi hijab bersempena kolaborasi dua drama yang telah diarahkan oleh sutradara popular Michael Ang.

Antaranya, lima koleksi rekaan Scarf Hati Seorang Perempuan by Ariani, tudung edisi terhad yang terdiri daripada Bawal Fleur Ilaina, Selendang Bloom Ilaina, Selendang Airy Ilaina, Selendang Charming Ilaina dan Instant Grace Ilaina.

Setiap helaian tudung ini direka dengan mengadaptasi karakter pelakon utama drama iaitu Mira Filzah dan Uqasha Senrose dalam helaian hijab yang penuh citarasa.

Ariani turut menghasilkan koleksi istimewa Scarf Pengantin Salju by Ariani dengan menampilkan helaian tudung segera dan selendang edisi terhad bersempena dengan kolaborasi Drama Pengantin Salju yang dibintangi oleh penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana.

Sebanyak tiga koleksi istimewa yang terdiri daripada koleksi Selendang Kaseh Salju, Bawal Sonata Salju dan Instant Hana Salju. Kedua-dua drama ini akan menemui penonton awal Ramadan ini.

Sebanyak 30 koleksi tudung polos dan bercetak yang terdiri daripada Koleksi Selendang Midnight Fall, Selendang Timeless Dream, Instant Layla Eliza, Instant Layla Chloe dan banyak lagi yang direka khas bersempena hari raya.

Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik semangat perayaan yang penuh glamor dan warna-warni dalam helaian tudung yang selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga-bungaan dan cetakan abstrak.