Itulah HUHU waxclay+, yang sudah dijual di negara ini sejak Januari lalu. Produk unik dengan formulasi baharu itu memiliki kelebihan yang tidak terdapat pada produk lain.

Pengasasnya, Hafiz Abd. Wahab, 24, berkata, dia menyimpan hasrat sekian lama menghasilkan satu formulasi dengan menggabungkan kelebihan wax dan clay dalam satu produk.

“Di pasaran, wax dan clay adalah dua produk berbeza. Saya terfikir, kenapa tidak gabung kedua-duanya dalam satu produk agar pengguna dapat menikmati kelebihan berganda terhadap penggayaan rambut mereka,” katanya.

Unik seperti nama, HUHU waxclay+ nyata berbeza. Teksturnya yang sifar lekit adalah antara kelebihan yang membuatkan produk ini wajib dimiliki mereka yang gemarkan penggayaan rambut maksimum.

“Pengguna sering merungut, mengalami wajah berminyak apabila berpeluh ekoran kandungan wax atau clay yang melekit. Ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada mereka.

“Oleh kerana itu, HUHU waxclay+ adalah jawapan bagi masalah tersebut. Tekstur yang ringan membuatkannya selesa digunakan walau dalam keadaan panas atau terik,” ujarnya.

Produk ini mudah diratakan pada rambut. Tebal atau nipis, HUHU waxclay+ meresap dengan pantas hanya dengan penggunaan sedikit. Tambahan pula, ia mudah dibasuh dan cukup sekadar menggunakan air.

Tampil dalam dua jenis, produk ini memenuhi keperluan penggayaan berbeza. HUHU waxclay+ shinner sesuai untuk kesan rambut sleek dan kemas. Manakala jenis hibrid untuk gaya rambut lebih kukuh seperti spiky atau mohawk.

HUHU waxclay+ shinner dijual pada harga RM25, manakala hibrid RM27. Tempahan boleh dibuat menerusi talian 019-5699057. Sebarang maklumat boleh didapati menerusi laman Facebook HUHU original atau Instagram @huhubyhfbmx.
– AL FAIZAL/ WAHIDAH ZAINAL