Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengantin putih Jovian

...

KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI2017 - Pereka Fesyen, Jovian Mandagie 3
KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI2017 - Pereka Fesyen, Jovian Mandagie bergambar bersama koleksi baju terbarunya pada Majlis Pelancaran Jovian Ready To Wear di Bangsar di sini hari ini.Gambar : Suriya Bonma Wartawan : Syamimi (Keluarga)

Ketika melangkah masuk ke butik Jstore, Bangsar milik pereka terkenal Jovian Mandagie, mata terpaku melihat deretan busana tradisional kontemporari yang sarat dengan perincian indah yang direka dengan garapan sentuhan moden.

Melihat sendiri keindahan dan kehalusan estetika rekaan Jovian kali ini, sangka saya harganya mungkin mencecah ribuan ringgit memandangkan karya pereka ini sering kali digayakan individu berprofil tinggi seperti kerabat diraja, orang kenamaan dan selebriti.

“Buat pertama kalinya saya menghasilkan rekaan busana pengantin siap dipakai (RTW), iaitu Jovian White dengan harga yang cukup berpatutan iaitu serendah RM699 sehingga RM1,499, manakala layah (veil) pula bermula pada harga RM399.

“Ini bagi memberi peluang kepada setiap wanita mengenakan rekaan Jovian pada hari istimewa mereka,” ujarnya ketika memperkenal buah tangan terbaharu kepada wakil media ketika sesi prebiu, Jovian White.

Terkejut mendengar harga mampu milik ditawarkan oleh pereka yang baharu sahaja pulang dari Jakarta selepas membuat persembahan penutup pada Minggu Fesyen Indonesia 2017 ini.

Jovian sekali lagi berjaya menambat hati setiap wanita dengan pelbagai pilihan rekaan busana pengantin selepas mengeluarkan koleksi pakaian Jovian RTW pada 2012.

Menurutnya, Jovian White akan menjadi rekaan tetap bawah rangkaian Jovian RTW, yang mana setiap tahun akan mengeluarkan koleksi baharu sebanyak dua kali.

“Saya mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan untuk mengeluarkan koleksi ini, memandangkan koleksi hari raya saya juga dibeli sebagai baju tunang dan baju nikah.

“Saya sentiasa menginginkan setiap wanita menggayakan busana yang saya hasilkan, namun bukan semua mampu untuk mengeluarkan bajet besar.

“Jadi ini adalah peluang yang terbaik bagi mereka untuk memiliki koleksi ini yang dicipta dengan harga yang murah dan sangat bernilai bagi setiap wang ringgit yang dikeluarkan.

“Walaupun berkonsepkan sedia pakai, saya masih menekankan aspek couture pada koleksi ini agar pelanggan yang membeli berasakan mereka menempah sendiri busana perkahwinan yang diidamkan.

“Selepas mereka membuat pratempahan dan menyelesaikan bayaran, pelanggan berhak untuk mendapat perkhidmatan ubah suai dari segi ukuran baju,” katanya.

Memilih warna putih bersama gabungan warna-warna lembut, yang setiap satu diinspirasikan daripada bunga sakura dan digambarkan mengikut ukuran bentuk badan untuk memberi sentuhan gaya moden serta klasik kepada bakal ratu sehari.

Fabrik yang digunakan pula adalah daripada kualiti yang terbaik untuk memberi keselesaan kepada pemakainya.

Pilihan kain yang digunakan adalah krepe, sifon Itali, renda Perancis dan tulle, manakala rekaan pula terdiri daripada gabungan mermaid dress, A-line skirt, dress peplum dan gaun labuh.

Gambar IHSAN JOVIAN MANDAGIE

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan