Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengantin moden, sofistikated

Motif flora yang minimum dan elegan. 3
Motif flora yang minimum dan elegan.

Moden, kreatif dan unik. Itulah kelebihan koleksi pengan­tin 2017 yang ditam­pilkan Wanpa. Syarikat ini me­ru­­pakan sebuah rumah fesyen yang komited untuk memperjuangkan fesyen-fesyen baharu. Gabungan idea antara kecantikan dan konflik menjadikan ciptaan Wanpa berbeza dan unik.

Koleksi pengantin Wanpa 2017 yang berte­makan Amour Blanc, White Love melam­bangkan kesucian dan kemur­nian cinta. Warna putih merupakan dominasi koleksi ini memperkuatkan lagi idea bahawa cinta itu suci.

Ilusi cinta ini diolah oleh pereka fesyen, Ridzuan Ismail dengan idea yang berbeza dan beliau menghasilkan rekaan gabungan ala-ala duyung serta draping yang romantis kemudian dibezakan dengan boxy cuts.

Koleksi ini juga mempunyai rangkaian pakaian untuk pelbagai majlis perkahwinan seperti akad nikah, parti keraian serta resepsi. Kebanyakan rekaan ini diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik termasuk lace, tulle dan satin. Wanpa telah menciptakan koleksi yang berbeza dari segi ekspresi dan emosi yang dimiliki oleh wanita kontemporari era milenium.

Koleksi yang menyampaikan bisikan romantis ‘aku terima lamaranmu’ dengan gaya sofistikated dan berkeyakinan tinggi.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan