Mempelbagaikan perniagaan, pengasasnya, Datuk Zainuri Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Nuriz, tampil dengan cabang baharu, Nuriz Shoppe Boutique pada 2014.

Butik tersebut menawarkan pelbagai pakaian Muslimah seperti jubah, baju kurung Pahang, turban, tudung, selendang, kardigan dan banyak lagi yang menjadi pilian ramai pelanggan.

Menurut Nuriz, beliau amat terharu dengan sambutan yang amat menggalakkan apabila idea-idea tudungnya diminati ramai.

“Alhamdulillah, ramai yang datang ke butik untuk mendapatkan rekaan dan produk terbaharu daripada Nuriz Boutique Shoppe.

“Ramai yang berpuas hati dengan pakaian dan tudung yang kami jual. Ciptaan terkini dan harga yang mampu milik memberikan potensi yang besar kepada perniagaan butik ini terutama dari segi jualan tudung.

“Kami amat mementingkan kualiti dan idea-idea baharu. Faktor ini membuatkan tudung-tudung kami amat dikenali terutama di utara tanah air

“Bermula dengan tudung yang dinamakan Jangok Sokmo, kini kami tampil dengan beberapa koleksi lagi seperti Ar-Zahra, Al-Tahirah, As-Sakinah dan As-Hanim, yang mengikut tema dan kesesuaian fabrik yang digunakan.

“Apa yang penting konsep kami sederhana dan boleh disesuaikan mengikut keadaan,” katanya.

Nuriz memberitahu, dia turut mempelbagaikan warna tudung dengan menggabungkan dua warna untuk rekaan-rekaan yang eksklusif.

Misalnya, Ar-Zahra ialah selendang panjang yang beropol dipakai menggunakan pin, Al-Tahirah pula tudung yang labuh menutupi dada mempunyai tiga lapis daripada kain sifon yang berat, manakala As-Sakinah ialah tudung hitam yang berenda mempunyai sedikit awning dan ada kedutan sedikit dijadikan fesyen, dan As-Hanim ialah tudung ropol berbunga.

Fabrik lain yang digunakan ialah sifon sutera, sifon renda dan satin lycra.

“Saya suka dengan warna-warna yang ceria.Sebab itu penggunaan warna-warna tudung juga berwarna-warni dan terang,” katanya.

Nuriz juga memberitahu yang pihaknya sedang mencari wakil penjual dan ejen dari seluruh negara untuk menjual tudung-tudung keluarannya. Sekiranya berminat, boleh menghubungi talian 019-5443446.