Nur Farah Elia Abdul Rahim

Begitu pegangan Nur Farah Elia Abdul Rahim, 24, pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Arau, Perlis, yang aktif memperagakan pakaian muslimah dan tudung untuk peniaga dalam talian.

Bagi gadis manis yang berketinggian 160 sentimeter, dari Alor Setar, Kedah ini, seseorang mahasiswa itu perlu bijak membahagikan masa tentang sesuatu yang diminati dan pelajaran untuk masa depan.

"Saya memulakan bidang peragaan ini secara sambilan sejak setahun lalu apabila 'didekati' seorang peniaga pakaian dan tudung dalam talian. Daripada situ, saya mula berjinak-jinak dalam dunia peragaan sehinggalah sekarang.

“Walaupun mulanya agak kekok dan tiada keyakinan diri, namun kini saya sudah boleh membiasakan diri di hadapan kamera. Syukurlah, minat saya ini disokong ibu, Rohaida Abd. Aziz, 53, yang banyak memberi dorongan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Nur Farah Elia yang mempunyai seramai 28,500 orang pengikut di laman sosial Instagram bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam program ijazah sarjana.