Qhaleesaa tampil dengan rekaan tersendiri, Qhaleesaa Le­baran membawa konsep ringkas tetapi elegan yang sesuai untuk remaja bergaya semasa menyambut le­baran nanti.

Letusan idea kreatif anak muda ini yang menampilkan pelbagai gaya terkini dan segar dilihat mampu memeriahkan lagi suasana fesyen di negara ini dengan gabungan lace, manik dan menggunakan kain sutera.

Anak sulung daripada dua ber­adik ini memiliki 90,800 pengikut di laman istagramnya serta 45 ejen yang turut menjual rekaannya di seluruh Malaysia dan Singapura.

Pujian harus diberikan kepada anak muda lepasan Sarjana Muda Komunikasi Visual dari Lim Kok Wing ini kerana berjaya memartabatkan pakaian tradisional iaitu baju kurung dengan nafas baru yang lebih moden dan menggunakan pelbagai jenis fabrik dan warna.

Dengan tagline Beautifully Made With Love, baju-baju rekaan Qhaleesaa sentiasa dinantikan oleh pengikutnya yang sentiasa inginkan pembaharuan di samping mengekalkan keselesaan si pemakai.

Bukan sahaja baju kurung, Qhaleesaa turut mengetengahkan pakaian untuk remaja pe­rempuan seperti blouse dan dres labuh dengan rekaan terkini selain dijual pada harga yang berpatutan dan mampu milik.

Walaupun mengekalkan rekaan fesyen pakaian yang bergaya, sopan dan elegan, Qhaleesaa tidak gentar dengan lambakan fesyen muslimah di pasaran kerana memiliki identiti tersendiri dan di­senangi pelanggannya.

“Saya akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesuatu rekaan agar tidak tampak keterlaluan dan mengikut perkembangan fesyen dunia.

“Selain itu kajian mengenai warna-warna yang disukai di seluruh dunia dan dalam masa yang sama tidak melupakan kehendak pelanggan yang pelbagai dan sesuai untuk semua acara,” katanya.

Tambahnya, setiap rekaannya menggunakan teknik try and error bagi menepati citarasa golongan wanita.

“Alhamdulillah rekaan saya diterima oleh penggemar fesyen. Buat masa ini saya sedang memperluaskan bilangan agen untuk memasarkan busana Qhaleesaa,” ujarnya.

Kunjungi laman sosial Qhaleesaa di instagram @qhaleesaa untuk lebih banyak pilihan.