Terkini, Pangoi, jenama tempatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan wanita, tampil dengan koleksi beg tangan Raya 2018.

Tampil dengan rekaan pelbagai, Pangoi memilih bunga sebagai motif untuk koleksi-koleksi terbaharunya.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Pangoi, Patrick Goi, beg buatan tangan ini didatangkan dalam pelbagai warna, saiz, dan juga bentuk.

“Dihasilkan untuk tahan lama, kami memilih untuk tampil dengan reka bentuk unik, minimalis, serta klasik dan pemakaiannya sesuai untuk generasi muda dan tua,” ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Selain koleksi bermotifkan bunga, Pangoi turut tampil dengan pelbagai rekaan beg yang menarik seperti beg galas belakang, beg silang, beg bimbit, dan beg kepit.

Dihasilkan di Istanbul, Turki, beg tangan yang berkualiti ini juga boleh dipelbagaikan gayanya sama ada bertali panjang, disangkut ke bahu, kasual atau pun formal.

Berharga antara RM278 hingga RM399, tutur Patrick, koleksi ini menampilkan rekaan klasik yang diberikan cetusan elemen moden.