Jika koleksi baju raya Aere tahun sebelum ini, Aerexduck diinspira­sikan dari seni lukisan pelukis terkenal Mon­drian, yang dikenali dengan lukisan blok-blok warna, tahun ini, koleksi Aere FEELeidcollection lebih fokus kepada konsep minimalis, sederhana dan dalam amasa yang sama rekaan yang sofistikated dan elegan dengan potongan yang dramatik tanpa menggunakan aksesori tambahan.

Apa yang kekal adalah ialah ciri-ciri yang inonim dengan Aere, rekaan serba guna dengan pelbagai fungsi digabung dengan keselesaan yang ditekankan dalam setiap rekaan. Romantik dan bergaya, pastinya mata akan tertumpu kepada pasangan yang sama-sama mengga­yakan koleksi FEELeidcollection yang lain dari lain tambah lagi rekaan baju Melayu yang menggunakan potongan moden dengan leher yang minimalis dan warna dan material yang sepadan.

Meru­pakan kerjasama dengan rakan baiknya, Ibnu Aswan, rekaan baju Melayu itu juga sesuai dipakai sepanjang tahun melihatdari gaya dan potongannya yang sederhana dan dalam masa yang sama menyerlahkan ciri-ciri maskulin.

Sebanyak 24 koleksi FEELeidcollection dengan 100 variasi warna dari saiz XS hingga XXXL kini boleh didapati menerusi destinasi membeli-belah Malaysia yang terkenal, www.fashionvalet.com/aere dengan harga antara RM 139.90 hingga RM 229.90. Ia juga boleh didapati di butik FashionValet di Bangsar Village II, Kuala Lumpur, Modvier and ShoesShoesShoes.

SETIAP rekaan pakaian, kain atau seluar direka dan dijual berasingan.