Hada Labo Hydrating Cream baharu yang dipertingkatkan dengan Vitamin A,C dan E berkesan mengembalikan kelembapan.

Hada Labo Hydrating Cream baharu yang dipertingkatkan dengan Vitamin A,C dan E berkesan mengembalikan kelembapan berpanjangan kepada kulit agar kulit kekal lembut dan sihat berseri.

Krim ini diperkaya dengan Vitamin A, C dan E yang dikunci dalam manik-manik mikro berwarna kuning.

Apabila krim ini disapu pada kulit, nutrisi di dalam manik akan dibebaskan secara beransur ke dalam kulit dan ramuan antioksida ini akan bertindak serentak untuk mengembalikan penghidratan kulit serta menyerlahkan kulit yang lebih licin dan berseri.

Kini, kulit anda bukan sahaja bertambah tegang, malah lebih lembut serta dapat mencegah daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Hada Labo Hydrating Cream mengandungi ramuan empat jenis Asid Hialuronik (HA) yang berlainan saiz berserta nutrisi tumbuhan untuk membekalkan kelembapan dari permukaan luar sehingga jauh ke dalam lapisan kulit.

Rumusan teknologi Hada Labo High Performance Penetrating & Deep Moisturizing membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk menyerap nutrien daripada produk penjagaan kulit seterusnya.

Mengandungi pH seimbang dan bebas daripada ramuan haiwan, alkohol, pewangi, pewarna serta minyak mineral, sesuai untuk kulit normal dan kering. Bagi mendapatkan hasil yang ketara gunakan dua kali sehari selepas menyapu Hada Labo Hydrating Lotion.

Sapukan krim pada seluruh bahagian muka dan leher dan tepuk secara perlahan-lahan bagi membolehkan penyerapan menyeluruh ke dalam kulit.