Negara yang terletak di timur Eropah itu popular dengan seni bina sejarah, fesyen jalanan dan keceriaan suasana pada waktu malam.

Mengambil inspirasi tersebut, koleksi terbaharu itu mampu memberi kelainan kepada si pemakai dengan penggunaan warna-warna seperti ungu, hijau, biru, kelabu dan merah.

Untuk si jejaka, ditampilkan rekaan yang lebih kasual dan sporty termasuk sneakers dalam rona-rona gelap coklat gelap, kelabu dan biru gelap.

Bagi kasut loafers juga ditambah perincian seiring dengan transformasi serta pemodenan fesyen di Belgrade, Serbia, dan rekaan klasik Larrie ini boleh didapati dalam warna biru laut, kelabu, coklat, dan hijau zaitun.

Rekaan utama bagi lelaki daripada koleksi LaKnit Larrie pastinya direka sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti dan selesa kerana diperbuat daripada bahan yang ringan dan mempunyai peredaran udara.

Menggunakan fabrik yang berkualiti dan bermutu tinggi, ia menjadikan koleksi ini tampak lebih kemas dan setiap rekaan direka dengan fungsi tertentu bagi memberikan keselesaan dan fleksibiliti kepada pemakai.

Untuk koleksi wanita pula, ia diilhamkan oleh wanita-wanita moden yang menampilkan rekaan klasik daripada warna-warna terang.

Slip-ons, kasut wedges dan sandal terbuka pada bahagian jari dengan tapak yang nipis ini boleh didapati dalam warna gangsa, emas, ungu, putih dan merah.

Sandal kasual terbaharu juga dilengkapi dengan straps (tali) boleh laras untuk keselesaan berganda buat si pemakai.

Kasual sukan turut ditawarkan dalam rona-rona merah, biru laut, merah gelap serta ungu dan rekaan Ballet ditambah dengan perincian untuk menambah gaya kewanitaan pada koleksi tersebut.

Kesemua kasut ini diperbuat daripada getah yang lembut dan mempunyai peredaran udara yang baik untuk memberi keselesaan kepada pemakai.

Memiliki koleksi musim bunga Serbia ini pastinya berbaloi kerana ia dijual pada harga bermula dari RM89 hingga RM179 bagi kasut lelaki dan dari RM39 hingga RM129 untuk kasut perempuan.