Enam tahun dalam bidang perniangaan hijab, Tudung People mereka cipta semula eleman klasik koleksi Aidilfitri dan mendefinisikan kecantikan untuk semua wanita berkerjaya atau pelajar, berkahwin, tunggal atau ibu.

Koleksi Raya 2017 Tudung People ini menceritakan perjalanan enam tahun jenama ini dalam bidang ini. Helaian tudung tampil menawan dengan cetakan khas bermotifkan floral sehingga ke perhiasan seperti batu Swarovski dan Jamaiki kristal. Tidak ketinggalan, rekaan hijab asas yang masih digemari ramai,

Dalam pada itu, jenama ini turut melancarkan Tudung People Our Journey 2017 yang menceritakan tentang perjalanan Tudung People sejak mula lagi sehingga kini.

“Tudung People bermula dengan diri saya sendiri dan adik saya, Fazly. Daripada beroperasi di rumah kami mengisi pesanan secara manual dan menghantar barangan kepada pengguna secara sendiri,” kata pengasas Tudung People, Fazrena Aziz.

Selain itu, Tudung People juga merupakan jenama tudung pertama yang mengeluarkan dua saiz selendang iaitu sederhana dan bersaiz lebar bagi mereka yang menyukai litupan yang menyeluruh.