Pun begitu, pemilihan jenis kasut dan cara pemakaian yang betul boleh mengurangkan rasa ketidakselesaan dan menyerlahkan keyakinan diri tanpa mengabaikan gaya penampilan.

Ada juga yang berpendapat pemakaian kasut tumit tinggi membantu mendapat postur badan lebih cantik, pinggul lebih lentik dan kaki langsing berbanding wanita mengenakan selipar atau kasut rata.

Sehubungan itu, bagi membantu setiap wanita tanpa terkecuali untuk bergaya dengan menyarung kasut tumit tinggi tepat, jenama kasut Bata baru-baru ini melancarkan koleksi kasut dengan teknologi baru bagi memastikan kasut tumit tinggi lebih selesa untuk dipakai.

Teknologi dipanggil Insolia itu menyerap berat pemakai melalui tumit dan jari supaya si pemakai boleh memakai kasut tumit tinggi tiga kali ganda lebih lama serta selesa berbanding biasa.

Mengikut kajian dilakukan Bata, hampir 90 peratus wanita mengalami kesakitan ketika memakai kasut tumit tinggi.

Pembangunan teknologi Insolia dengan pelapik di dalam kasut, mampu membantu mengimbangi antara berat dan tumit. Memakai kasut tumit tinggi biasa boleh menyebabkan kaki bengkak namun teknologi Insolia mengubah semua itu dengan memberikan keselesaan kepada si pemakai kasut tumit tinggi.

Koleksi terbaru ini di datangkan dalam tiga rekaan pilihan menarik dengan harga RM129 sepasang. Kasut tumit tinggi Bata ini boleh didapati di seluruh cawangan Bata di seluruh negara.