Fesyen ini semakin mencuri tumpuan andai diserlahkan dengan perincian manik dan labuci terutama di bahagian leher, dada, lengan dan tepi bawah baju.

Jika dahulu kita melihat rekaan jubah hanya dipakai ketika menghadiri majlis keagamaan, kini ia antara fesyen digemari ramai. Sesuai dengan budaya Melayu, busana ini amat menarik digayakan sama ada untuk menghadiri majlis-majlis atau keluar bersiar-siar bersama teman-teman.

Tentu anda kelihatan kemas dan berseri dengan senyuman terukir apabila menggayakan busana yang bercirikan kesopanan dan keselesaan.

Daripada segi rekaan dan pemilihan warna, kali ini anda boleh memilih rekaan yang tidak sekadar tertumpu kepada rekaan jubah atau fabrik berwarna gelap dan kusam semata-mata.

Bahkan pemilihan fesyen yang menjurus kepada rekaan warna-warna cerah pasti memberi kesegaran kepada penampilan anda.

Melengkapkan penampilan turut digaya dengan tudung daripada warna sedondon yang direka dengan sentuhan menarik dan unik.

Bagi yang mencari jubah kontemporari daripada fabrik sifon, bolehlah mencuba koleksi daripada Mastani. Farik sifon yang digunakan jenis berat dan jatuh serta nampak cantik apabila dipakai.

Lebih menarik setiap koleksi dihiasi dengan manik kristal. Jubah ini sesuai digayakan bagi wanita yang menyusukan bayi selain mesra wuduk.

Mastani juga mengenengahkan potongan longgar dan ala puteri untuk kesan kurus kepada si pemakai. Setiap jubah yang dijual di datangkan dengan tudung berbentuk half moon dan dua lapisan.

Menariknya jubah ini boleh digunakan untuk solat kerana longgar dan labuh. Anda hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat.

Selain itu, jubah Mastani didatangkan dengan enam warna yang eksklusif iaitu krim mutiara, kuning cair, merah samar, hijau epal, biru dan hitam.

Instagram: bellissima_ventures
Facebook: Bellissima_ventures
Hotline: 014-5281724